Artis / Selebriti
” Dah tua-tua ni rasa kekok pulak nak romantik-romantik ni. Jangan muntah hijau ya korang.. ” – DS Shahida

Video adegan romantis DS Aliff Syukri dan DS Shahida ketika sesi photoshoot. Jarang-jarang nak boleh tengok Dato’ dan Datin sweet macam ni. Dah macam pengantin baru lah. Malu-malu pulak nak bergambar, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik isteri jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri iaitu Datin Shahida, telah dikongsikan video yang memaparkan Dato’ Aliff dan Datin Shahida sedang melakukan sesi photoshoot bersama untuk mempromosikan produk keluaran mereka.
Tulis Datin Shahida, dia merasa kekok untuk melakukan adegan romantik ketika bergambar bersama Dato’ Aliff mungkin disebabkan faktor usia. Seloroh Datin Shahida lagi, berharap orang ramai yang menonton perkongsian video tersebut tidak akan ‘muntah hijau’.
Perkongsian video ini telah mencuri perhatian warganet. Ramai yang mengatakan suka melihat telatah Dato’ Aliff ketika bergambar bersama Datin Shahida. Bahkan, ada yang mengatakan pasangan ini dilihat begitu cantik dan kacak serta serasi bersama.
Selain itu, seloroh warganet, jika Dato’ Aliff berwatakan serius dan tidak membuat perangai ‘masuk air’, pasti Dato’ Aliff kelihatan seperti seorang model Antarabangsa. Sehingga kini, video itu telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Ulang-ulang tengok video ni, kita pula yang senyum tak berhenti. Sweet lah Dato’ dengan Datin.. Semoga Dato’ dan Datin terus bahagia bersama.. “
” Alhamdulillah.. Moga kekal ke Jannah.. Dok elok2 tau.. Kalau gaduh pun, gaduh2 sayang jer.. Suka tengok yg romantik2 Dato’ dan Datin.. “
” Alhamdulillah Masya Allah Tabarakallah… Ini yg kita mau imej bersih dah boleh jadi contoh kepada pasangan berkahwin di luar sana.. “
” Depa tabur gula pula gaisssss, sape duk senyum sorg2 lg tu.. Dato ni level² model antarabangsa dia punya handsome tu, kalau diam la haha.. “
” Serius handsomenya Dato.. Datin pun apa kurangnya, cantik.. Sama cantik sama padan.. Suka lah tengok video ni.. Love sangat.. “
” Both of my Boss sangat sweettt.. Semoga Dato Datin sentiasa bahagia dan diberikan kesihatan baik baik selalu.. “
” Halah halah mama papa, so sweetttttt ishhh bersemuttt lah.. Malu2 tengok mama bila papa sweet tu, hehe..Kita plk yang blushing tengok.. “
Jarang-jarang dapat melihat pasangan ini romantik seperti ini. Tidak perlu untuk mengambil model-model lain untuk mempromosikan produk mereka. Ketampanan Dato’ Aliff dan kecantikan yang ada pada Datin Shahida sudah cukup membuktikan mereka juga setanding model Antarabangsa. Apa-apa pun, semoga rumahtangga Datin Shahida bersama Dato’ Aliff akan terus bahagia dan kekal hingga ke syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Bella jawab, good answer. Keep going strong Bella.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Sangat limited nak jumpa yang perangai macam arwah Nurly ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terkantoi pulak dah, ni bukti kukuh ni. Manja betul dengar Bella panggil YB macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Dengan papa sekali terasa hina. Terbahak lah aku dengan ayat Amayan ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar suara dia, serius merdu. See, yang pernah dia kecam dulu.. ” – Komen Netizen