Artis / Selebriti
” Dah lain lah suara Umai, makin sedap, makin merdu, matang dah suaranya.. ” – Netizen

Video Anak Sairah Tarudin, Umairah Menyanyi Lagu Baru Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Romansa Kita Raih Perhatian Warganet. Wah Makin Sedap Lah Suara Umai, Tarik Part Tinggi Macam Tu Je. Hebat Lah, Bakal Pelapis Tokti Ni !!
Umum mengetahui adik beradik Dato’ Seri Siti Nurhaliza semuanya pandai menyanyi dan mempunyai suara yang merdu. Baik Saida, Sairah mahu pun Ayie, suara mereka sedap didengar. Tempias dar4h seni ini terkena juga pada anak saudara DS Siti iaitu anak kepada Sairah yang dikenali dengan nama Umairah.
Meninjau akaun Instagram Umairah, telah pun dikongsikan satu video yang memaparkan Umairah sedang menyanyikan lagu berjudul Romansa Kita. Lagu ini salah satu lagu DS Siti dan Umairah diminta untuk menyanyikan lagu tersebut.
Umairah menulis di kapsyennya yang dia cuba menyanyikan lagu tersebut dan turut tag akaun Instagram DS Siti. Santai sahaja Umai menyanyi, sambil duduk pun suara Umai sedap didengar. Lunak dan merdunya sama seperti ibunya. Seiring dengan usia Umairah, suaranya juga semakin matang.
Tidak puas mendengar suara Umairah ini. Bak komen salah seorang warganet, Umairah boleh menjadi pelapis DS Siti apabila dewasa nanti. Semakin banyak improvement baik daripada segi sebutan mahu pun lenggok suara. Part tarik suara pun sangat merdu didengar.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ratusan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dah lain lah suara umai, makin sedap, makin merdu, matang dah suaranya.. tak puas dengar, pelapis mak iti nanti ni.. ”
” Sedapnya macam selalu Umai, syahdu.. Insya Allah satu hari nanti Umai akan jadi macam mak iti ye.. Aaminn.. ”
” Hebat lah Umai tarik bersahaja gitu je.. fuhh.. all the best Umai.. you’re blessed.. nanti cover nadi pulak ye.. ”
Benar kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Suara keluarga DS Siti ini memang ada auranya yang tersendiri. Umairah juga ada bakat yang besar dan boleh pergi jauh lagi dalam bidang nyanyian. Tambahan lagi, Umairah banyak didedahkan dengan acara nyanyian sejak kecil dan tidak kekok menyanyi di hadapan orang ramai.
Boleh lah Umairah cover lebih banyak lagi lagu selepas ini. Semoga Umairah terus mengasah bakatnya ini dan menjadi bintang yang bersinar suatu hari nanti. Selamat maju jaya Umairah, menyanyi-menyanyi juga, tapi pelajaran jangan dilupakan okey.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Umairah_sairahtarudin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti3 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Unexpected menu dia buat, sekali aku pun berdekah, haha.. ” – Komen Netizen