Artis / Selebriti
” Contoh suami tak guna. Panas pulak aku dengar jawapan dia, haha.. ” – Komen Netizen
Video Shukri Yahya menjawab beberapa soalan mengenai watak Eshaal yang dilakonkannya buat ramai geram. Ish jawapan Eshaal ni buat ramai yang sakit hati. Lagi banyak menjawab lagi panas hati semua. Diam Eshaal, haha..
Drama Curang Tanpa Niat sedang bersiaran di kaca TV menampilkan lakonan hebat Shukri Yahya, Mira Filzah dan Sharifah Sakinah. Drama yang mengisahkan kecurangan Eshaal yang dilakonkan oleh Shukri dan Sakinah sebagai Astrid yang menggoda Eshaal membuatkan ramai panas hati.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sooka Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shukri selaku Eshaal menjawab beberapa pertanyaan. Soalan pertama mengenai pengorbanan isteri berhenti kerja dan menjadi surirumah tetapi Eshaal pula curang dengan rakan sekerja.
Soalan kedua pula berkisar mengenai kelebihan Astrid di mata Eshaal dan keyakinan Eshaal sejauh mana Astrid boleh menjadi isteri yang baik. Soalan ketiga pula mengenai diri Eshaal sendiri. Sebagai ketua rumah dan ayah, apa yang diberikan oleh Eshaal untuk Elina dan anak-anak.

Ketiga-tiga jawapan yang diberikan membuatkan warganet bertambah geram dengan Eshaal. Eshaal menuduh Elina tidak bersyukur kerana mendapat suami seperti Eshaal. Shuk begitu in character ketika menjawab soalan ini, dengan ekspresi wajah itu lagi bertambah meluap-luap kemarahan warganet kepada watak Eshaal.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ratusan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Eshaal ke ehshial ni eh.. kecil besar kecil besar je aku tengok mamat ni. sedap je ckp duk umah ni xyah pikir apa2. kdg nk mental rasa kat rumah.. “
” Ko bang, jangan cabar kesabaran aku.. aku baran tau Syuk, kang jangan. rumah pun ayah Elina yang bayar.. ni menambah kemarahan ni Eshaal.. “
” Jawapan Eshaal ni memang di luar kotak fikiran.. kau jangan bawak ke luar eh Eshaal perangai ni, geramnya aku haha.. “
” Eh eh ehhh engko , aku dah laa banyak sabo ni rasa nak jadi elina versi naga je ni.. adoii sakit jiwa wei.. “
” Diamlah ko eshal.. gerammm pulak tengok ko bercakap.. lagi cakap lagi benci.. ini semua poyo.. narcissistic.. Dan segala benda yg ko ckp memang nk tunjuk kebodohan sebagai suami yg x bersyukur.. dah kenapa aku pun nak komen.. “
” Haiipp hamboiii. geram aku dia ni.. Eh eshaal ni karang ada juga aku tinju ni kang.. haa dia ni kang dgn rambut rompol² gitu eh eh kang.. geram la eh kita pun.. “
” Contoh suami tak guna haha.. ko jangan sampai rambut ko lurus eh Eshaal.. shibal betul la haha.. panas pulak aku dengar jawapan dia haha.. “
Ramai betul yang panas hati dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh Eshaal ini. Semua jawapan tidak boleh digunapakai dan tidak masuk akal, ‘berapi’ hati para-para isteri satu Malaysia dengan kenyataan daripada Eshaal ini. Apa-apa pun, ini hanyalah watak dalam lakonan semata-mata. Jangan pula ada yang mengambil serius jawapan Shukri itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sooka Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Padu teruk gabungan Umai dengan Hafiz. Lunak suara, dua dua ada masterpiece.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek


