Artis / Selebriti
” Comelnya malu-malu. Salah seorang wife artis yang paling humble.. ” – Komen Netizen
MK K-Clique Kongsi Video Isterinya, Siti Hajaar Telah Keluar Hospital Selepas Selamat Bersalin Raih Perhatian Ramai. Alahai Malu-Malu Hajaar Masa MK Suruh Ucap Terima Kasih Kepada Semua. Selamat Berpantang Hajaar !!
Semalam, penyanyi rap dan pelakon, MK K-Clique telah berkongsi berita gembira di akaun Instagram yang isterinya, Siti Hajaar selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada tanggal 3 Ogos. MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin turut meluahkan rasa syukur dengan pemberian terindah dalam hidupnya dan isteri.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Astro Gempak telah dikongsikan video MK bersama Hajaar. Menerusi video itu, pasangan ini sedang berada di dalam kereta dan MK memberitahu yang Hajaar baru sahaja keluar dari hospital serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan mereka.
Selain itu, MK juga meminta Hajaar untuk berkata terima kasih kepada semua dan kelihatan Hajaar seperti malu-malu sambil tangan menutup wajahnya. Difahamkan video ini diambil menerusi IG Story milik MK baru sebentar tadi dan sehingga kini menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram Astro Gempak.

Sebelum ini, pelakon drama Aku Bukan Ustazah itu sudah beberapa kali mengelak daripada menjawab tentang kehamilan isterinya. Namun, baru-baru ini, MK memuatnaik video di akaun Instagram dan memberikan bayangan dengan mengusap dan mencium perut isteri yang mereka akan dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memberikan ucapan tahniah kepada kepada pasangan ini kerana sudah bergelar ibu bapa. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comelnya malu-malu, selamat berpantang Hajaar.. Alhamdulillah.. Tahniah keduanya semoga ank2 mu hebat spt kamu jgk InsyaaAllah..
” Alhamdulillah.. Tahniah.. Slh sorg wife artis plg humble.. Susah nk tgk muka wife dia ea.. Rasa malu Hajar tu ptt dicontohi.. Tahniah sekali lagi dah jadi ibu.. “
” Syukur Alhamdulillah… Tahniah Situ Hajar dan MK kelahiran bby girl.. Moga bby membesar dgn sihat. Selamat berpantang Hajar n take care.. “
” Alhamdulilah.. Selamat berpantang dan sentiasa dbwh lindungan yg Maha Esa ..Aamiin ya Rabb… Berseri2 Hajaar selepas jadi seorangi ibu.. “
” Alhamdulillah…Congratulation both MK and Hajaar.. Semoga baby menjadi anak yg solehah berjaya dunia akhirat. Sihat² selalu semua selamat berpantang.. “
” Alhamdulillah syukur tahniah mk dan siti hajar yg telah mndpt cahaya mata yg comel.. Tak sabar nak tengok muka baby.. “
” Tahniah.. Selamat berpantang Hajaar.. Suka tengok pasangan ni.. Moga kehadiran cahaya mata pertama ini, kalian akan semakin bahagia.. “
Alahai terserlah kebahagiaan di wajah MK dan Hajaar. Apa-apa pun di kesempatan ini, kami dari Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran anak pertama mereka. Didoakan semoga bayi terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG astrogempak, hairiwhuut
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau Syazuwan tu perempuan, aku rasa dorang dah peluk-peluk sambil nangis. Sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sebak sangat, hanya anak broken family je faham feelings ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Still emotional thinking about last night. Also, so grateful to my.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku serius terkejut sebab tak expect sedap. Terbeliak jugak aku dengar dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suara serak Ayden dekat hujung tu win. Sedih pula dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jadi Bella rasa macam ini nak bagi hantaran ke nak bagi bantuan. Bantuan ibu tunggal ke kan.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part humming tu suara sebijik macam arwah Sarah. Dengar terus nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Key note suara dia macam Hafiz Suip. High note dia tarik pun sedap, suara paling solid.. ” – Komen Netizen

