Artis / Selebriti
” Comelnya dia, puas hati lah tu dapat minum macam tu.. ” – Netizen

Video Gelagat Comel Anak Anzalna, Mohamad Emirhan Sedang Minum Air Kelapa Buat Ramai Yang Geram. Alahai Tak Puas Guna Straw, Terus Dia Angkat Buat Kelapa Tu. Part Puas Hati Dapat Minum Tu Comel Sangat !!
Bagi yang suka mengikuti perkembangan pelakon Anzalna Nasir pasti mengetahui yang Anzalna suka berkongsi perkembangan anak-anaknya, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan buat tatapan umum. Sejak dilahirkan lagi, kedua-dua cahaya mata Anzalna ini sering menjadi perhatian.
Saling tak tumpah seperti anak orang Turki, ramai yang tak keruan melihat kecomelan Eidrees dan Emirhan. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Anzalna telah dikongsikan video yang memaparkan gelagat Emirhan di sebuah restoran. Menerusi video itu, Emirhan sedang minum air kelapa.
Tulis Anzalna, Emirhan buat hal lagi gara-gara tidak puas minum air kelapa tersebut menggunakan straw. Emirhan terus mengangkat buah kelapa dan meneguknya. Gelagat Emirhan seakan puas hati dapat minum air kelapa seperti itu membuat yang menonton geram melihatnya.
Sebelum ini, Anzalna ada memuatnaik video Emirhan sedang makan di restoran. Seloroh Anzalna, dia hanya mampu mengucap panjang melihat cara Emirhan makan. Amboi Emirhan, muka tu habis seronok lah dapat minum air kelapa tanpa straw.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa geram melihat kecomelan Emirhan menerusi video itu. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comelnya dia, puas hati lah tu dapat minum macam tu.. Anak no dua memang lain, hahaha harap mommy bersabar lah banyak2, hehe.. “
” Sedap sangat tu, kuat drama mcm mak dia hahaha.. Dah nampak dah besar nanti ikut perangai sapa, hahaha. So cute lah Emir.. “
” MasyaAllah handsomenya dia.. Rambut tu paling mahal.. Comel2 betul anak2 you Anzalna.. Kalau i jadi you i beranak lagi, haha.. “
” Putin dah besar, hahaha pandai dia minum yer.. Kalau budak lain mahunya tak nak.. Ger4m tengok Emirhan, handsome sangat.. “
” Kt rmh makan mcm ni tak eh.. Ke mkn kt luar je mcm ni.. Hahhaha Emirhan nape comel sgt ni.. Suka betul lah tengok dia.. “
” Putih gebu rambut pirang coklat, comel pulak tu.. Betul2 ni anak mat saleh.. Terus membesar dengan sihat ya sayang.. “
” Muka dia gembira nyaaa.. Menikmati betul gaya dia, hahaha.. Comel lah Emir.. Suka tengok gaya dia senyum, manis sangat.. “
Alahai comel sungguh Emirhan senyum, patut lah ramai yang geram tengok. Cepat betul masa berlalu, sudah besar anak-anak Anzalna. Apa-apa pun semoga Eidress dan Emirhan terus membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang soleh buat kedua orang tua mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG anzalnanasir88
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral6 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen