Artis / Selebriti
” Comel nama baby Ain. Simple tak ada berbelit-belit lidah nak sebut.. ” – Komen Netizen
Muatnaik gambar wajah penuh dan nama anak kedua buat pertama kali, perkongsian Ain Edruce raih perhatian ramai. Alahai comel sungguh adik Soraya ni, muka macam muka kakak Soraya sangat. Nama pun sedap, pendek je..
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce telah pun selamat melahirkan cahayamata keduanya pada penghujung bulan Ramadhan yang lalu. 28 Ramadhan bersamaan 28 Mac 2025, Ain melahirkan seorang bayi lelaki dan ianya disambut dengan kesyukuran oleh Ain dan Amirul.
Bayi ini juga telah pun diwujudkan akaun media sosialnya dan sehingga kini telah pun merekodkan lebih 800 pengikut. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ain Edruce, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru anak keduanya itu untuk tatapan ramai.
Gambar itu salah satu gambar photoshoot yang diambil sebagai kenangan. Ain turut memaklumkan nama yang telah disepakati bersama Amirul untuk anak mereka itu. Pangkal namanya sama seperti anak sulung mereka, Soraya dan ianya bermula dengan huruf S.

Melihat wajah si kecil ini, ramai yang mengatakan ianya saling tak tumpah seperti wajah Soraya ketika bayi. Ada juga yang berpendapat, wajah baby kedua Ain ini lebih sama dengan wajah Ain. Tinggal beberapa hari sahaja lagi genap usia si kecil ini 2 bulan.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Assalamualaikum Iman sayang.. handsome boy nya dia.. masya Allah comel macam muka Soraya jugak.. “
” Adik Soraya ke ni.. comel nya.. Assalamualaikum iman sayang.. nama yang sangat indah.. comel nama baby.. muka ain ni.. “
” Assalamualaikum Iman.Nenda doakan semoga jadi anak yg beriman, bertajwa Dan beramal soleh. Amin.. “
” Hello Iman, comelnya awak ni.. Handsome anak soleh ni.. semoga membesar dengan baik dan sihat selalu Iman sayang.. “
” Hye baby Iman.. macam nama ayah kita.. norziman.. best nama shaziman tu.. yang penting sama macam kakak soraya, S jugak.. “
” Masya Allah, TabarakAllah, Alhamdulillah.. assalamualaikum iman.. macam tengok soraya masa baby dulu lah.. cute.. “
” Wah best nama hero Ain ni.. simple dan senang nak ingat macam Soraya juga.. Simple takde berbelit-belit lidah nak sebut.. “
Nama anak-anak Ain semuanya pendek sahaja dan mudah untuk disebut dan diingat. Semoga baby Iman membesar dengan sihat, menjadi anak yang tinggi adab dan pekertinya serta membanggakan kedua ibu bapa apabila dewasa kelak. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Itsmeshaziman, IG Ain Edruce
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti5 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah first time dapat tengok Abbas. Handsome boy lah Abbas ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq

