Artis / Selebriti
” Comel jer, gaya mak-mak sangat.. ” – Netizen
Video Gelagat Tuanku Permaisuri Agong Memperkenalkan Anakandanya, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Kepada Murid-Murid Dan Guru Di Sebuah Sekolah Yang Dilawatinya Buat Ramai Terhibur. Sempat Lagi Tuanku Nak Promote Tengku Hassanal !!
Meninjau ke akaun Instagram istana Negara, perkongsian sebuah video yang memaparkan Tunku Azizah Maimunah Iskandariah dan anakandanya, Tengku Hassanal berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat telah meraih perhatian ramai.
Tunku Azizah dan anakandanya menyantuni serta beramah mesra dengan anak-anak murid dan juga guru di sekolah tersebut. Baginda mengunjungi sekolah ini selepas selesai Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Apa yang mencur1 perhatian ramai ialah gelagat Tunku Azizah memperkenalkan anakandanya kepada semua dengan menyebut ‘ Ni anak saya, nampak? ‘ sambil memegang tangan Tengku Hassanal. Baginda juga turut melayan sesiapa sahaja yang ingin bergambar dengannya.
Perkongsian ini telah menerima lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik dalam tempoh 1 jam. Ramai juga warganet yang memuji wajah tampan Tengku Hassanal yang kelihatan sangat sejak memakai uniform.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” We will miss you Tuanku, thank you for great memories. Tuanku Permaisuri…birthday saya bulan depan…saya nak jumpa Tuanku Permaisuri.. “
” Ni anak saya, nampak? hahaaa comel jer gaya mak-mak sangattt.. Comel Tuanku ini anak saya nampak … Daulat Tuanku.. “
” Tunku permaisuri 5 tahun lagi please nk tunku Dan permaisuri saja blh dak .. Pemaisuri suka kenal kan tengku hasanal.. “
” Hensem nya tengku Hassanal.. Menjunjung kasih Tuanku Permaisuri yang bakal rakyat rindui.. Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada. Menjunjung Kasih Tuanku.. “
” Walaupun tuanku lepas ni dh tak jadi agong, boleh dtg2 ke kl, boleh beramah mesra tuanku.. Tersenyum2 saya tgok ni bila la agaknya peluang dpt jumpa.. “
” Semoga saya ada rezeki berjumpa keluarga diraja ini suatu hari nanti. Dia kenalkan ank dia pada murid2 dan jg cikgu2.. “
” Hensem anak Rpa the best Queen & King.. Apa la yg dibualkan Permaisuri Agong dengan budak2 yg first tu … Ramah mcm borak2 dengan mkck jiran sebelah je.. “
Pastinya ramai akan merindui Tunku Azizah yang akan menamatkan khidmatnya sebagai Permaisuri Agong tidak lama lagi. Keletah dan gelagat comel Tunku Azizah akan sentiasa menjadi kenangan buat mereka yang pernah bertemu secara depan-depan dengan Baginda.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Istana Negara
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” 15 tahun dah cantik macam ni. Bukan setakat cantik, tapi pandai menyusun kata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Afternoon complaint dekat bapa dia yang baru balik kerja nak rehat.. ” – Raja Ilya
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Teringatlah drama Dunia Baru dulu Madihah nak register masuk Unisel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mula tu rasa terharu. Sekali dia bubuh kaki dia, terus berdekah ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Tahniah Eyra dan Haziq. Jantina dah tahu, kami tunggu reveal nama pulak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak tahu kenapa tersentuh baca posting daddy Fatima. Simple tapi sampai ke hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ada orang cakap kenapa Fattah order bunga graduation. Tak patut, tak patut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” MasyaAllah cantiknya nama, muka Hayder sangat baby ni.. ” – Komen Netizen