Artis / Selebriti
” Wow sangat semua hantaran dia, baru pertunangan dah meriah macam ni.. ” – Netizen
Video Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja Dan Pertunangan Diraja Dan Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja Dan Pertunangan Diraja Pengiran Muda Abdul Mateen Dan YM Dayang Anisha. Meriah Majlisnya, Tengok Hantarannya Tu Luar Biasa Sungguh !!
Semalam tanggal 9 Januari 2024 telah berlangsungnya Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja Dan Pertunangan Diraja Dan Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja Dan Pertunangan Diraja Pengiran Muda Abdul Mateen Dan Yang Mulia Dayang Anisha Bin Adam.
Ini adalah majlis ke 3 daripada 7 majlis istiadat yang perlu dijalani. Sebagaimana yang dimaklumkan, majlis istiadat pernikahan diraja ini bermula pada 7 Januari dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja dan ditutup dengan Majlis Persantapan Diraja pada tanggal 15 Januari.
Menerusi akaun Tiktok Aziz Kurniawan, telah dikongsikan video yang memaparkan suasana ketika majlis ini berlangsung. Disertai oleh berpuluh orang ahli rombongan pihak Putera Mateen, kekandanya Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Malik ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah mengetuai rombongan ini.

Meriah dan mewah, itu yang dapat diungkapkan untuk majlis Putera Mateen dan Dayang Anisha ini. Hantarannya pun bukan biasa-biasa dan menariknya adalah daun emas dan beberapa ketulan emas lain yang diletakkan dalam satu bekas. Brunei memang terkenal sebagai negara yang kaya dengan sumber minyak dan gas, makan tidak hairan lah sebegini hantarannya.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@azis_kurniawan1 Majlis Istiadat menghantar dan menerima tanda diraja dan pertunangan diraja #brunei #princemateen dan Dayang Anisha Rosnah #pengantindirajabrunei2024 🇧🇳 #indonesia 🇮🇩 #kediri
@azis_kurniawan1 Majlis Istiadat menghantar dan menerima tanda diraja dan pertunangan diraja #brunei #princemateen dan Dayang Anisha Rosnah binti Adam #brunei 🇧🇳 #indonesia
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet dan seribu tanda suka telah direkodkan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah.. cinta sejati dan semoga berbahagia selalu. Pertama kali mendegar suara Pengiran Malik.. ”
” Wow sangat semua hantaran dia.. fuh daun emas ke tu.. untung lah dayang anisha.. baru pertunangan dah meriah macam ni.. majlis sanding nanti tentu lagi vasss kan.. ”
Majlis hantar tanda pun sudah semeriah ini, acara kemuncak iaitu Majlis Akad Nikah nanti pasti lagi meriah. Apa-apa pun, selesai sudah majlis hantar tanda dan termeterai lah pertunangan antara Putera Mateen dan Dayang Anisha secara rasminya.

Hanya beberapa hari sahaja lagi pasangan sama cantik sama padan ini akan disatukan sebagai suami isteri. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Doa kami untuk Putera Mateen dan Dayang Anis, semoga berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Aziz Kurniawan1, IG Inaijari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga4 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil



