Artis / Selebriti
” Comel je Afwa panggil ayah suruh duduk.. ” – Netizen
Video Anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa Mengajak Dato’ Seri Khalid Jiwa Bersiar-Siar Menaiki Kereta Buat Ramai Terhibur. Alahai Afwa Ni, Suka Betul Naik Kereta. Pandai Pujuk Ayah, Comel Sangat !!
Gelagat anak kedua Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa seringkali mencur1 perhatian peminat. Berkulit putih gebu dan chubby, Afwa menjadi penghibur seluruh keluarga dengan telatah comelnya itu.
Meninjau akaun Instagram Muhd Afwa Khalid, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Afwa yang mengajak Dato’ Khalid untuk keluar membawanya bersiar-siar menaiki kereta. Dato’ Khalid ketika itu baru sahaja sampai ke rumah dari pejabat.
Afwa yang duduk di atas seat kereta Ferrari merah milik Dato’ Khalid menep0k-nep0k seat kereta dan menyuruh ayah cepat masuk. Dapat didengari juga suara Aafiyah yang menyanyi riang sambil melihat gelagat adiknya itu.

Alahai Afwa, gembira bukan main lagi Afwa dapat memegang stereng kereta. Afwa memang suka kereta sport sebegini kata DS Siti. Afwa dan ayah suka kereta yang laju-laju. Ibu dan Aafiyah pula suka kereta yang slow. Sempat DS Siti bergurau mengatakan suka lori sambil ketawa.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telahpun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Allahu. bahagianya melihat kebahagiaan… moga tokti n fam n the kids sentiasa di dalam lindungan rahmat Allah.. Allahumma Aameen.. “
” Yang boy ni rupa abang-abangnya. Ger4mlah tengok budak kecik ni. Ayah lekaih lekaih hehe.. “
” Afwa boy tetap boy suka car. Dengar Aafiyah nyanyi lagu Queen ‘We were Rock You’.. “
” Comel je dia panggil ayah.. Afwa terlajak comel, tokti panggil dato k ayah pun comel jugak.. suka hati betul Afwa dapat pegang stereng.. “
” Afwa pandai ajak ayah naik kereta jalan-jalan.. Bestnya Afwa naik kereta Ferrari.. Acik naik dalam mimpi je.. “
” Suka sangat dengan car car car ye Afwa hehe. Comel je Afwa panggil ayah suruh duduk.. Cute dan bijak afwa ni.. “
” Ad0h happynya Afwa.. makin bijak dia. Suka tengok Afwa panggil ayah suruh duduk sambil tepuk seat kereta tu.. cute sangat.. “

Anak lelaki dengan minat terhadap kereta memang begitulah gayanya. Excited Afwa melambai-lambai ibu dan kakak ketika kereta ingin bergerak. Semoga Afwa ceria sebegini selalu dan menjadi anak yang soleh kepada ayah dan ibu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Muhdafwakhalid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekejapnya Ayash dah 5 tahun. Bermakna dah 5 tahun ibu tinggalkan orang tersayang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman

