Artis / Selebriti
” Cha, terima kasih Cha bagi nampak aku ada harga. Bergambar terpaksa ni, sebab duit.. ” – Nabil Ahmad

Video Pak Azad Umpan Duit Untuk Siapa Yang Nak Bergambar Dengan Nabil Ahmad Gara-Gara Ramai Yang Nak Bergambar Dengan Fattah Amin Buat Ramai Terhibur. Dah Dapat Duit, Semua Pergi Kat Fattah, Haha !!
Meninjau ke akaun Instagram Era.je, perkongsian sebuah video yang memaparkan selesainya sesi lumba lari antara Fattah Amin dan Nabil Ahmad. Kelihatan ramai staff wanita datang menyerbu untuk mengambil gambar bersama mereka.
Tetapi ramai yang berminat untuk mengambil gambar bersama Fattah berbanding Nabil. Hal ini membuatkan Pak Azad terpaksa berbuat sesuatu dengan mengumpan staff Astro yang berada di situ sejumlah wang jika bergambar dengan Nabil. Wah, mestilah ramai nak support Nabil pula.
Umpan yang diberikan oleh Pak Azad ternyata berjaya, namun begitu mereka tetap pergi kepada Fattah untuk bergambar selepas itu. Alamak, Nabil tidak boleh mengalahkan Fattah lah macam ni. Ramai yang ingin mendekati sejurus Fattah selesai menamatkan larian.
Perkongsian video ini telah menerima lebih tiga ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Fattah telah menjadi juara dalam acara lumba lari ini dengan mengalahkan Nabil. Makin ramailah para peminat Fattah selepas ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Ajak abam tah makang nasik dagang, Nerhhh…pempuan pempuan kat situ pasepa centu.. Peluh bamtah lg laku dr nabil .. “
” Hahahahah pak azad rugi sbb dorang dh dpt duit ttp kejar fattah nk bergambar.. Tak mslh nye pmpuan smua tegedik2 pehal.. “
” Umpan duit.. 2x Fattah ditinggalkan sebab duit.. nabil tak laku.. Takde semangat nampak fatah.. Kerja keras lagi gais..ade fattah untuk di amin kan.. “
” Hensem betul Fattah Amin ni..mak dia makan apa eh masa pregnantkan dia.. Semoga sentiasa dimurahkn Rezeki utk Fattah Dan sentiasa kekal positive vibes ye Fattah… “
” Masih dlm edah.. kita tak tahu apa perancangan fattzura ni. moga keduanya baik² saja. Semoga fatah Allah limpahkan dia rezeki lipat kali ganda dengan apa yg dia ada skrng ni.. “
” Lari pun handsome fattah.. Hati dh patah ni….tetibe org nk rebut si patah ni haishh xpe la…klo cmtu aku blik ke planet pluto je.. “
” Fatah tak habis lagi hilang nafas tu ramai2 da ajak gambor. Kang jgn terkejut lah ada gambor hidung kembang tahan nafassss.. “
Walaupun dalam keadaan agak penat, Fattah tetap melayan para peminat untuk bergambar dengannya. Fattah juga dilihat kembali ceria selepas kemelut rumahtangga yang dilaluinya. Nampaknya selepas ini semakin banyaklah job Fattah kerana peminat juga semakin ramai.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Eraje
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar