Artis / Selebriti
” Cepat betul Omma berfikir. Aku pun tak terfikir jawapan macam tu, haaaa sudah.. ” – Komen Netizen

Muatnaik gambar sekeluarga bersama baby baru mereka, Ryzal Ibrahim request nak tambah baby baru lagi tahun depan. Komen balas Maryam You Narae buat ramai terhibur. Aiyok Ryzal, berani tak tu, haha..
Youtuber dan pempengaruh media sosial terkenal, Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae baru sahaja menimang cahayamata kedua mereka pada 19 Februari baru-baru ini. Bayi lelaki yang baru lahir ini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Maryam.
Pada perkongsian terdahulu, Ryzal ada memuatnaik satu video yang memaparkan wajah cahayamata keduanya itu. Kata Ryzal, wajah anak lelakinya itu lebih mirip dengan Maryam. Cuma hidungnya sahaja yang mengikut Ryzal. Ramai juga yang memuji kecomelan wajah anaknya.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Ryzal Ibrahim, telah dikongsikan beberapa keping gambar terbaru mereka berempat. Ryzal, Maryam, Rina dan baby mengabadikan gambar kenangan mereka sekeluarga ketika berada di hospital. Wajah baby juga ditunjukkan secara penuh untuk tatapan warganet.
Selain wajah baby yang comel dan Rina yang teruja kerana mendapat adik, kapsyen Ryzal juga mencuit hati semua. Ryzal mengatakan sambutan hari raya mereka tahun ini mereka berempat dan meninggalkan pertanyaan buat Maryam sama ada tahun depan mereka boleh berlima pula.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hahahahaha.. cepat betul omma berfikir. aku pn xterfikir jawapan cmtu.. haaaa sudah… omma dah tanya tu.. ryzalibrhm mana? jawab dgn tepat dan cepat weiiii.. “
” Congratulations again.. Boleh maryamyunrrr.. Actually tahun2 seterus nye kalau nak berlima berenam pun boleh hehe.. “
” Alhamdulillah, congratulations, comelnya rina & adik rina, mak & ayah rina pun comel , beautiful family.. pinjam rina seminggu.. “
” Comelnya adik Rina.. besar nanti mesti handsome macam Kim Soo Hyun.Tak sabar tengok adik rina makan makan pulak.. “
” Masha Allah.. comelnya baby.. I love 3rd photo… hey sista hehe.. Kakak rina so cute.. baby cuteeee mcm oppa.. “
” Tahniah.. Masya Allah.. A complete family already tapi kalau nak tambah, tak salah pun.. suka tengok happy family ni.. “
” Beautiful Family.. yeayyyy Rina dah jadi Kak Long.. Alhamdulillah.. tak sabaq nak tengok video Rina ajar adik makan.. “
” Rina happy nya dpt adik.. Next year rina ade geng mukbang together.. Baby bukak mata nampak mcm dah besar sgt dah.. comey.. “
Komen Maryam di posting Ryzal :
Jauh betul Maryam fikirkan tetapi ada logiknya juga soalan Maryam itu, hehe. Namun semua tahu, Ryzal hanya lah bergurau dengan Maryam. Semoga rumahtangga Maryam dan Ryzal sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia selalu bersama anak-anak tersayang sehingga ke akhir usia.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ryzal Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Papa dah menasihati, dah cakap baik-baik. Papa selalu berpesan pada mak Papa sendiri.. ” – Dato’ Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cantiknya anak dara Ruhil. Yang anak teruna pun handsome. Muka mat saleh betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sekali kita pun menangis juga tengok mak dan ayah Siti menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Daripada situ lah dia start suka abang.. ” – Ridzokumura
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Lembut terus air muka Cik B bila pakai tudung. Terserlah keanggunan Cik B.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira Othman, sebelum kisah dia dikaitkan dengan Fattah Amin, kakak dah.. ” – Liza Abdullah
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Dulu Eizlan Yusof dah handsome dah, tapi anak dia lagi handsome.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Wah menurun ke Aafiyah lah suara ibu dia. Sedap dengar, lemak merdu.. ” – Komen Netizen