Artis / Selebriti
” Cantiknya Zati, manjanya lah Mael dengan kak Fala dia tu.. ” – Netizen
Gambar Dan Video Majlis Merisik Anak Sulung Datin Suliza Salam, Izzati Zainal Nazeri. Cantik Berseri Zati, Namun Gaya Ismail Izani Bersama Kakaknya Jadi Perhatian Peminat. Amb0i Manja Sangat Ni !!
Pembukaan tahun baru 2021 baru-baru ini, Datin Suliza Salam menerima pinangan untuk anak perempuannya dan telahpun selesai melangsungkan majlis pertunangan anak keduanya, Falahi Zainal Nazeri. Kini anak sulungnya pula, Izzati Zainal Nazeri juga menurut langkah adiknya. Zati dan Falahi adalah kakak kepada penyanyi muda, Ismail Izzani.
Hasil tinjauan kami di Instagram Datin Suliza, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika makan antara Mael bersama kakaknya Fala. Suliza yang menc0ret di kapsyennya memaklumkan Zati sudah dirisik dan menceritakan ‘perang4i’ sebenar Mael apabila bersama keluarga.
Rupanya Mael ini memang suka menempel dan makan bersuap apabila bersama kakak-kakaknya. Fala yang menyuap biskut tart kepada Mael sambil Mael berbual dengan tetamu dan memprom0sikan kesedapan tart ini. Kalau sudah adik bongsu, pasti manjanya itu menjadi-jadi apatah lagi hanya Mael seorang sahaja lelaki dalam adik beradik ini.

Tidak dinafikan Mael memang akrab bersama Zati dan Fala. Banyak gambar mereka bersama yang dimuatnaik Suliza di Instagramnya yang mempamerkan keakraban 3 beradik ini. Sudah dewasa semua dan bakal bergelar isteri orang sedikit masa lagi.
Jom tonton video di bawah :
Menerusi akaun Instagram Zati Zainal juga ada dikongsikan beberapa keping gambar mereka adik beradik bergambar bersama ketika majlis merisik ini. Cantik dan manis semua anak-anak Datin Suliza ini dan kelihatan manja antara satu sama lain.
(Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Cantik Zati secantik Datin Suliza ketika muda juga raut wajahnya itu. Telatah Mael bersama Fala juga menjadi tumpuan peminat dan antara komen-komen mereka :
” Tahniah Kakakku suliza salam. semoga dipermudahkan urusan seterusnya anknda Zati. Cantik manis Zati.. “
” Manja sangatt Mael. Olorr comel je gaya Mael manja-manja dengan kakak tu. Dah besar panjang pun bukan main lagi bertempel.. “
” Manjanya Mael dengan kak ngah dia. Sweetnya la siblings ni, seronok tengok dah besar pun boleh manja-manja lagi.. “
” Suka tgk Mael dgn kakak² dia, happy je. Manja pulak tu makan bersuap-suap lagi. Si kakak pun melayan je manja adik tu hahha.. “
” Tahniah kak ude.bakal dpt menantu. Manja sangat Maelnya, suka melep3k saja. Sibling goal so cute la Kak Fal and Mael.. “
” Manja nau Mael tu kan datin, comel je bermanja dengan Fala. Tahniah Zati tak lama lagi bakal ke jinjang pelamin. Nampaknya dua la bakal menantu Datin lepas ni.. “
” Alhamdulillah congrats, cantiknya Zati. Manjanye lahai Mael dengan kak Fala dia tu. So cute siblings. Lagi disuap lagi menempel jadinya Mael.. “
” Sejuk hati tgk adik beradik baik mcm ni. Comelnya Mael dengan kak Fala. Tahniah Zati dan Fala, sama-sama tunangan orang.. “
Bukan main manja lagi Mael bila bersama kakak-kakaknya. Nampaknya Mael bakal ada g4ng lelaki selepas ini dan bertambah meriah keluarga. Tahniah untuk Zati dan pasangannya dan semoga segala perancangan untuk ke fasa perkahwinan dipermudahkan serta berjalan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Suliza Salam, IG Zatizainl
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

