Connect with us

Artis / Selebriti

” Comelnya Dadija, mata bulat, kening dah macam Ziana Zain.. ” – Netizen

Tomok Berkongsi Video Bermain-Main Bersama Anaknya, Siti Khadijah Di Dalam Kereta. Alahai, Comel Betul Telatah Dua Beran4k Ni. Sampai Terangkat-Angkat Kening Dadija Dibuatnya !!

Nama Tomok sudah tidak asing lagi bagi penggemar seni muzik tanah air. Tomok dikenali semenjak menganggotai kumpulan New Boyz pada suatu ketika dahulu. Kini, Tomok masih lagi aktif menyanyi secara solo. Tomok telah mendirikan rumahtangga bersama Rahayu Abas dan memiliki 3 orang cahaya mata.

Hasil tinjauan di akaun Instagram miliknya, Tomok ada berkongsi video bermain bersama anak bongsunya, Khadijah yang sudah menginj4k usia 7 bulan. Ceria sahaja melihat Tomok meluangkan masa bermain-main bersama puteri kesayangannya itu.

Video yang dirakam di dalam kereta itu memperlihatkan Tomok sedang membuat bunyi kereta sambil Khadijah memegang stering kereta. Alahai, ceria dan terhibur melihat gelagat dua beran4k ini. Khadijah yang sudah pandai berdiri itu sudah pasti teruja mendengar bunyi kereta yang dibuat-buat ayahnya.

Lebih menarik perhatian adalah telatah Khadijah pada ketika itu. Fokus betul Khadijah seolah-olah kereta benar-benar bergerak. Matanya yang bulat tidak berkelip dan keningnya juga diangkat tinggi. Comel betul Khadijah, dah macam nak pergi rac1ng bersama ayahnya.

Jom ikuti perkongsian video di bawah :

Gelagat Khadijah sewaktu bermain bersama bapanya mencuit hati peminat. Rata-rata mereka ger4m melihat si comel Khadijah. Antara komen-komen mereka adalah :

” Sama patern rambut.. ” – Achey Bocey

” Mana satu dadija ni, Comeynye.. mata bulat Dadija, Mcm kening ziana zain dh baby comel, Keninggg tuu.. ger4mm je.. “

” Drive keta je pun dadija.. tak yah serius sgt, Fokus tu penting dlm pemanduan hihihi org perempuankn, ak ger4m betul dngn dadija ni tau.. “

” Susah btol nak tgok dye senyum… mahal senyuman dye, Kening mahal, Ngn kening nya tu hehe alaahaii, Serius n fokus btul dadija.. “

” Mesti dadija heran.. pasai pa la bunyi mcm laju tp tak sampai kt tiang depan ni. tu muka c0nfius tu. hehe, kening die.. comel la.. “

” Msti dy ckp dlm hti cmni “bunyi ja lebih tp tak brgerak pon”. Hahaha, trademark berker0t kening tu dadija. Ger4m lah auntiee.. “

” Bila je dadija tak muka mas4m… Ger4m je tgk, Kening Ziana Zain nampk Dadija.. fokus btol, muka maintain jee dadija muka racer ni.. “

” Haha.. Serius muka dadija bwk kete tu.. Fokus nauu, comell, Sebiji muma ayah lagi2 tang kepala tu, kening terangkat tu.. “

Ramai peminat yang terhibur melihat Tomok melayan anak bongsunya, Khadijah. Selalunya anak perempuan akan rapat dengan ayahnya. Kami di Berita Kopak mengharapkan semoga Khadijah menjadi anak solehah serta membahagiakan kedua ibu bapa apabila besar nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tomok Official

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT