” Cantiknya yang last tu, wajah asli Izara yang superb.. ” – Netizen

Suami Izara Aishah, Adib Khalid Kongsi Ucapan Anniversary Bersama Gambar-Gambar Dan Video Throwback Mereka Bersama Sehingga Kini. Wahhh Yang Last Tu, Cantik Sungguh Izara Tanpa Make Up, Natural Beauty Sangat !! 

Izara Aishah antara pelakon wanita yang memiliki raut wajah yang jelita dan bakat yang hebat dalam lakonannya. Umum mengetahui Izara telah mendirikan rumahtangga bersama anak kepada Datuk Seri Khalid Jiwa, Adib dan pasangan ini kini bahagia bersama cahayamata mereka, Irisa Alaia.

Meninjau akaun Instagram Adib, telah dikongsikan beberapa keping gambar ketika perkahwinan mereka sehingga kini bersama ucapan ulangtahun perkahwinan mereka. Turut disertakan video yang memaparkan Izara sedang melayani Alaia.

Ucapan Adib yang mengucapkan rasa syukurnya atas kasih sayang yang diberikan Izara untuk seluruh keluarga terutamanya kepada Alaia dan berharap agar keluarga kecil mereka ini sentiasa dirahmati Allah. Luahan rasa cinta Adib terhadap Izara juga sweet sangat.

Turut dipaparkan gambar perkahwinan mereka dahulu dan Izara kelihatan sangat cantik dalam busana gaun putihnya itu. Walaupun tanpa sedikit pun calitan make up di wajahnya, Izara nampak cantik semulajadi dan cukup manis sekali. Jarang untuk melihat wajah Izara tanpa solekan dan nyata wajahnya cukup manis walaupun tidak disolek.

Jom tonton video di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya..)

Perkongsian Adib ini meraih perhatian peminat apatah lagi dengan gambar mereka sekeluarga yang comel itu. Rata-ratanya mengucapkan ucapan selamat ulangtahun dan tidak kurang juga yang memuji kecantikan wajah Izara. Antara komen-komen mereka :

” Happy anniversary you two lovelies. Sweet always and hope both of you till jannah.. Semoga sehingga ke hujung nyaw4 dan gembira selalu.. ” 

” Happy Anniversary .. semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Semoga Allah sentiasa memberkati kalian.. “

” Happy anniversary adik and Icha.. May both be bless with love and happiness till jannah. Love you both and Alaia loads.. ” – Tengku Zawyah

” Happy anniversary Adib dan Izara semoga terus kekal bahagai hingga ke syurga.. So sweet you to, sepadan sangat.. “

” Last video so lovely, harta dunia akh1rat. Izara cantik sangat macam Arab mukanya. Tak make up pun jelita sangat.. “

” Happy anniversary adib dan Izara. Semoga jodoh ini berkekalan hingga ke jannah & have more kids.. “

” Cantiknya yang last tu, wajah asli Izara yang superb. Happy anniversary for you Adib dan Izara.. “

Terpancar kebahagiaan dan kegembiraan pasangan ini bersama si kecil Alaia. 3 tahun yang cukup indah dan banyak kenangan manis dicipta bersama oleh pasangan serasi ini. Apa pun, kami di Berita Kopak berharap agar ikatan perkahwinan ini sentiasa dirahmati Allah dan dilindungi selalu. Happy Anniversary Izara dan Adib.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Adib Khalid, IG Izara Aishah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..