Connect with us

Artis / Selebriti

” Cantiknya Janna macam Cinderella. Sanding kali kedua lagi wow dari kahwin dulu.. ” – Komen Netizen

Video Majlis Sambutan Ulangtahun Pertama Perkahwinan Janna Nick Dan Dini Schatzmann Raih Perhatian. Wah Cantiknya Janna, Dah Macam Princess. Bersorak Semua Tengok Janna, Gorgeous Sungguh !!

Pada 10 Jun tahun lalu mencipta permulaan baru untuk Janna Nick dan Dini Schatzmann apabila mereka selamat diijabqabulkan. Majlis secara tertutup itu berlangsung di Langkawi dan ianya mendapat perhatian seluruh peminat di pelosok negara. Janna dan Dini digelarkan pasangan paling sweet.

Kini setelah setahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan ini menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama. Meninjau akaun Instagram Media Hiburan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika berlangsungnya majlis tersebut.

Tahkala pintu dewan dibuka, Janna dan Dini melangkah masuk ke dewan dengan penuh bergaya. Sorakan dan tepukan diberikan oleh para hadirin tetamu yang berada di dalam dewan. Semua kelihatan teruja melihat kecantikan Janna pada malam ini.

Solekan yang menyerlahkan kejelitaan Janna, ditambah pula dengan busana gaun pengantin yang bergemerlapan menaikkan lagi seri Janna. Cantik betul rekaan baju pengantin Janna kali ini. Janna sudah seperti puteri raja bersama putera tercinta di atas pelamin.

Jom tonton video di bawah :

Antara perkongsian lain :

@ehmalaysia

Happy Anniversary Janna and Dini ❀️ #ehmalaysia

♬ I Want to Spend My Lifetime Loving You (with Marc Anthony) – Tina Arena

@babarabeer

Makeup w/ @jannanick95 ✨ Happy Anniversary πŸ«ΆπŸ»πŸ’– #jannanick #anniversary #wedding

♬ Bridgerton (Theme) – The Theme System

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Congratulations Janna dan Dini. Setahun sudah, sekejapnya masa berlalu. Rasa macam baru je tengok Janna kahwin.. ”

” Wow Tahniah Happy Anniversary sweet couple lovebirds.. Macam Cinderella lah Janna dengan baju tu.. ”

” Dah setahun ke Janna kahwin. eh eh rasa macam baru je berapa bulan.. Pasangan paling comel dan manja.. ”

” Wah meriah-meriah lovely bah kan… blessed for many more years to come .. selamat ulangtahun Janna dengan Dini semoga kekal ke jannah sampai ke anak cucu bahagia sampai akhir hayat.. ”

” Wow seriously, amazing .. cantiknya Janna. Happy Sweet Anniversary Janna dan Dini.. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.. Aamiinn.. ”

” Best couples, sanding kali kedua lagi wow dari kahwin dulu. Cantik gila janna macam princess.. ”

” Happy anniversary Janna dan Dini.. cantiknya Janna, tak puas tengok.. sama cantik sama padan betul lovebirds ni.. ”

Sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua. Majlis yang pastinya akan meninggalkan banyak memori indah untuk Janna dan Dini. Semoga Janna dan Dini berkekalan sehingga ke akhir hayat dan hidup dengan aman damai selalu. Happy anniversary buat Janna dan Dini.

Silakan SHARE..

Sumber :Β  IG Media Hiburan, Tiktok Eh Malaysia, Tiktok Babarabeer

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT