Artis / Selebriti
” Cakap Kelate paling mudoh sekali. Ada-ada je lawaknya.. ” – Netizen

Maryam You Narae Muatnaik Video Bertanya Bahasa Kelantan Kepada Suaminya, Ryzal Ibrahim. Jawapan Daripada Ryzal Buat Peminat Terhibur. Wah, Maryam Pun Dah Semakin Fasih Cakap Melayu !!
Pasangan selebriti media sosial, Maryam You Narae dan suaminya, Ryzal Ibrahim sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Video yang dimuatnaik dalam semua platform media sosial yang dibuka mereka sering mendapat perhatian peminat yang menonton.
Hasil tinjauan di laman Instagramnya, Maryam ada berkongsi satu video bersama suaminya, Ryzal. Content yang dibuat oleh Maryam dalam video tersebut adalah berkenaan dengan belajar bahasa Kelantan. Comel sahaja melihat pasangan ini berinteraksi.
Dalam video tersebut, Maryam menyebut ayat ‘what do you mean‘ dalam bahasa Inggeris dan seterusnya translate dalam bahasa Melayu iaitu ‘ apa maksud awak’. Sampai giliran untuk translate dalam bahasa Kelantan, Maryam bertanya suaminya yang sememangnya anak kelahiran negeri tersebut.
Namun yang menarik perhatian adalah jawapan yang diberikan Ryzal buat Maryam. Jawapan yang diberikan Ryzal cukup ringkas iaitu ‘eh,eh’. Hal ini mengundang tawa Maryam. Ada sahaja idea Ryzal mengenakan Maryam. Mimik muka Ryzal pada ketika itu juga memang lucu.
Jom ikuti perkongsian video di bawah :
Gelagat Ryzal sewaktu menjawab soalan Maryam buat peminat terhibur. Ada antara mereka men1nggalkan komen jawapan yang sebenar dalam bahasa Kelantan. Antara komen-komen mereka adalah :
” HAHAHA kelate paling mudoh skli eh.. Nate apo hahaha, Comel la kak maryam ni, Ehh gapo dio So cuteee.. “
” Haha aritu pasal budaya islam. Bila masa pulak la islam tu budaya kan maryam. Sabar jela maryam rizal.. “
” Smpai kat kelantan terus jadi eh jer, Mu kècèk gapo Or, mu kècèk gapo, n4tè (Informal), Heh bkn eh, accurate.. “
” Haha.. bahaso klate, gapo namo mu kecek ni hehh.. mu kecek gapo, senang bahasa kelate, hahaha oiii.. “
” Sangat baik… Cepatnya Maryam boleh menguasai banyak kosa kata Bahasa melayu.. Senyum sokmo.. lucu.. “
” Mantap kak maryam cakap kelate, Hahaa. Ryzal ajar koksey, Kecek klate sikit nok dengar, Ada2 je lawak nya.. “
” Cantik sangatlaaa maryam ni, Cantik unnie macam nayeon twice, HAHHAA MUDOH KIJOO, In Kedah “ya ka?.. “
Biarpun baru sahaja mempelajari bahasa Melayu namun dapat dilihat banyak ayat-ayat yang sudah boleh dikuasai oleh Maryam. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Maryam dan Ryzal diberi kesihatan yang baik dan bahagia sampai bila-bila.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Maryam Younarae
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ya Allah pilu rasa hati ni tengok keadaan kereta mangsa. Terbayang macam mana diorang nak selamatkan diri.. ” – Komen Netizen