Artis / Selebriti
” Bukan senang nak turun gunung dengan badan kecil molek, dukung orang lagi.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah mendukung adiknya, Didi Astillah di belakangnya ketika turun dari Gunung Kinabalu buat ramai netizen kagum dan tersentuh. Wah tak sangka kuatnya Bella, sanggup jadi Malim Gunung demi adiknya..
Meninjau ke akaun Instagram Didi Astillah, posting terbaru Didi telah meraih perhatian ramai. Didi memuatnaik sebuah video yang memaparkan kakaknya, Bella Astillah mendukung dirinya ketika turun dari Gunung Kinabalu tempoh hari.
Didi sangat berterima kasih kepada kakaknya kerana sanggup mendukung dirinya yang sudah tidak larat dan berasa gayat ketika hendak turun dari gunung tersebut. Pada ketika itu Didi sudah berasa sangat panik dan menangis, namun Bella memujuknya dan kemudian mendukungnya.
Didi sangat bertuah mempunyai seorang kakak yang sangat penyayang dan mengambil berat. Ramai juga yang kagum dengan kekuatan diri Bella yang boleh mendukung Didi walaupun saiz badannya yang kecil. Tambahan pula Bella memakai baju kurung ketika itu.

Perkongsian Didi ini telah menerima lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Didi menggelarkan kakaknya sebagai seorang kakak yang terbaik di dunia. Sangat terharu melihat pengorbanan seorang kakak terhadap adiknya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang kagum dengan kekuatan Bella. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Kuat luar dalam bella ni…sejenis yg boleh redah je apa pun.. Nape tetibe teringat video bella astillah dukung ruhanat ek? dri video tu pun dh tahu yg real superwomen adalah bella.. “
” Aduhh tiba2 teringat bella dukung si R tu.. kuat la bella ni.. bukan kuat semangat saja.. Gila kuat c bella ni… hebat betul.. “
” Bukan senang nak turun gunung dengan badan kecil molek, dukung orang ni.. boleh angkat org yg lebih kurang berat dia hebattt.. “
” No wonder didi sgt membela kakak dia kalo ade org yg nk sakitkan hati kaklong dia .. Ternangis saya baca caption didiangelastillah . Memang bertuah kamu berdua, like a soulmate in a sibling form.. “
” Awak bertuah didi ada kakak yg penyayang,lemah lembut,boleh bawak bincang.. family first.. siapa yg memperisterikan bella bertuah la org tu.. “
” Gila kuat laa bella ni… Teringat pulak dia dukung si R dulu.. Pastu si R ngade2 jatuhkan bella.. Hati busuk haha.. MashaAllah hebat 2 beradik ni. Semoga sampai syurga kasih sayangnya .. “
” Bagusnya didiangelastillah ni..spjg pendakian dia tidak pernah interframe or sibuk masuk spjg misi akinabalu YB dgn Bella. Kalau org lain rasannya mokirayou sdh mo npk d video.. “
Bella dan Didi mendaki Gunung Kinabalu bersama-sama Syed Saddiq. Mereka menyahut cabaran memakai baju melayu dan baju kurung untuk memanjat sehingga ke puncak Gunung Kinabalu. Bella sememangnya mempunyai daya stamina yang cukup kuat walaupun bertubuh kecil.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Didiastillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen


