Artis / Selebriti
” Blushing teruk ek part ni. Kedua-duanya menahan bahagia, haha.. ” – Komen Netizen
Video-video Amira Othman dan Fattah Amin menyanyi ketika live raih perhatian ramai. Alahai banyak betul moment sweet. Lagu Kasih Kekasih tu khas untuk Kak Long ke Bang Long. Penuh perasaan Abang Long menyanyi. Irfan pun sampai blushing tengok, hehe..
Setiap kali Fattah Amin dan Amira Othman live bersama-sama, pasti ada sahaja permintaan untuk mendengar mereka menyanyi. Pelbagai lagu yang diminta oleh viewers. Begitu juga ketika live terbaru Fattah dan Amira semalam, tidak hanya genre balada, nasyid pun diminta oleh viewers.
Meninjau entry di akaun Tiktok Imani Imtiyaz, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan beberapa buah lagu yang dinyanyikan oleh pasangan ini. Menghapus Jejakmu, Keabadian Cinta dan Kasih Kekasih adalah lagu yang diminta dan dipenuhi oleh Fattah dan Amira.
Suara Fattah semakin lama semakin sedap dan merdu. Tidak seperti dulu, Fattah kini lebih berani dan yakin untuk menyanyi secara live. Amira pula tidak dapat dinafikan memiliki vokal yang mantap. Lagu apa pun pasti akan dinyanyikan dengan cukup baik oleh Amira.

Ketika Fattah, Irfan dan Aca menyanyikan lagu nasyid Inteam, Aca sekali lagi menyakat Mira dan Fattah. Boleh pula Aca menukar lirik sayang kepada nama Mira. Bak kata Irfan, sepanjang Abang Long menyanyi lagu itu, Kak Long tersenyum-senyum sahaja. Lirik yang cukup mendalam untuk pasangan yang ingin berkahwin.
Jom tonton video di bawah :
@imani_imtiyaz Menghapus Jejakmu by Fattah Amin & Amira Othman #fattahamin #amiraothman #fattmira
@imani_imtiyaz Abg Long skrg dh confident tau nk nyanyi kt live. Terbaik lah..sedap sgt ekkk nyanyi lagu kasih kekasih tu. nnt kawin korang nyanyi tau…lahhhhhhh meminta 😝😝😝😝🏃🏃🏃🏃🏃🏃 #fattmira #amiraothman #fattahamin
@imani_imtiyaz Behave betul fattah mlm nie gara2 pakai jubah 🤭 #amiraothman #fattahamin
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Memang nampak mcm suami isteri dh ni… haishh… sepadan sgt.. mata aca tu kemain. jeling ke fattah je masa amira nyanyi.. “
” Dulu fattah malu2 nak nyanyi skrg lebih confident dan dh mcm part of the family gitu. bley just join dan harmonise bila nyanyi dgn Mira.. “
” Masa Mira nyanyi lagu Keabadian Cinta, Fattah pun nyanyi skali. Low key Fattah best sgt. Dia sesuai dgn lagu nada rendah.. “
” Sweet sangat2 tau part ni. Kak long tersenyum tersipu malu..aca bg hint nnt leh panggil kump inteam lak.. “
” Sweetnya abanglong dan kaklong.lagu sesuai untuk abang long dan kaklong.. kaklong malu malu.abang long relex je bawa lagu .ni semoga mereka berjodoh pada tahun ini.. “
” Abg long nyanyi smbil mendalami lirik ke tuh.. part kusus kawin lawak aca meminta erk.. “
” Blushing teruk ek part ni. Keduanya menahan bhgia hahaha.. ni bukan geng in-team ni geng in-store.. masa Aca sebut nama Mira tu Fattah sengih-sengih je.. blushing sama eh bang long haha.. “
” Abglong yg blushing byk ni part syariat membataskan, pelajari ilmu rumahtangga. Bukan main leborrr senyum hehe.. “
Sedap dan merdu suara Amira dan Fattah, boleh lah menyanyi sepentas di showcase Amira nanti. Sampai blushing Irfan melihat reaksi Fattah dan Amira ketika menyanyikan lagu Kasih Kekasih. Cepat-cepat lah kahwin Fattah Mira, ramai yang tidak sabar hendak melihat pasangan ini ke jinjang pelamin.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Imani Imtiyaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman

