Connect with us

Artis / Selebriti

” Bila dah lama tak bergabung, masing-masing ada sahaja nak menyakat, haha.. ” – Netizen

Video Penampilan Neelofa Sebagai Pengacara MeleTOP Moreh Buat Ramai Peminat Teruja. Wah Bukan Main Happy Nabil Dapat Jumpa Neelofa. Yer Lah Dah Lama Tak Mengacara Sekali Kan, Ada Sahaja Nak Diusik Nabil Ni, Haha !!

Mungkin ramai yang masih ingat lagi saat Neelofa mengambil keputusan  untuk mengundur diri dari menjadi hos MeleTOP pada Disember 2019 lalu. Rakan hosnya, Nabil Ahmad turut terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Neelofa dan keputusan itu diberitahu secara live menerusi rancangan tersebut.

Sejak dari itu hanya pengacara jemputan wanita sahaja menjadi gandingan Nabil. Antara selebriti wanita yang pernah bergandingan dengan Nabil adalah Hawa Rizwana, Uyaina Arshad, Elly Mazlein, Sherry Alhadad, Nora Danish dan lain-lain lagi. Kini Nabil bergandingan dengan Hawa Rizwana sebagai hos tetap MeleTOP.

Klik gambar untuk info..

Terbaru, meninjau di akaun Instagram MeleTOP, telah dikongsikan video yang memaparkan Neelofa datang sebagai hos semalam dalam MeleTOP Moreh. Kehadiran Neelofa itu semestinya membuat Nabil yang bertahun-tahun menjadi rakan hos sangat gembira kerana berpeluang mengacara bersama lagi.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian para peminat Neelofa. Ramai yang meluahkan rasa teruja melihat Neelofa mengacara rancangan tersebut. Bahkan ada juga mengatakan mereka menonton rancangan MeleTOP semalam hanya untuk melihat Neelofa bergandingan bersama Nabil.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon diberikan. Antara komen-komen menarik adalah :

” Bila dah lama tak bergabung, masing-masing ada sahaja nak menyakat, haha.. Lawak diaorang ngam lah.. Kalau boleh nak minggu depan Lofa ada.. “

” Lofa ni ada aura dia. Bila ada dia jadi best.. Neelofa + Nabil mmg gandingan yg sesuai utk meletop.. Rindu tengok Neelofa mengacara meletop.. “

” Kalau boleh kekalkan Lofa dan Nabil.. Smlm tengok sbb ada Lofa jer.. Best sangat semalam tengok.. Lofa the best lah.. “

” Neelofa ada kelas tersendiri..hope she will make a comeback.. Betol betol meletop mlm td sbb N&N bergabung, pengisian islamik mcm ni mmg 1st class.. “

” Kalau Lofa kembali pun kita suka.. Lofa tak de kat Meletop, terus suram tau.. Buat masa sekarang tak de lagi yang dapat gantikan tempat Lofa dengan baik.. “

” Jdi suka nak tenguk meletop ada gandingan Lofa n Nabil.. Lofaaa.. Please come back to meletop..Kita rindu zaman meletop duluuuu.. “

” Buat satu lagi program Neelofa n Nabil tuk rancangan program ‘Back to Allah’. Invite semua influencer/ artis yg diberikan hidayah.. “

Klik gambar untuk info..

Alahai seronok tengok Nabil dan Neelofa masing-masing menyakat antara satu sama lain. Betul lah apa yang dikatakan oleh para peminat, jika ada Neelofa di rancangan MeleTOP, suasana pasti menjadi lebih meriah. Apa-apa pun semoga Nabil serta Neelofa terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi mereka dan persahabatan antara mereka akan terus berkekalan selamanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG meletop

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT