Artis / Selebriti
” MasyaAllah sedap alunan taranum jiharkah. Alhamdulillah, sejuk tenang hati dengar.. ” – Netizen

Video Segmen Mengaji Berantai MeleT0P Raih Perhatian Ramai. Sedap Sungguh Suara Masing-Masing, Siap Bertaranum Lagi. Neelofa Pun Siap Berlagu. Terbaik Lah Semua !!
Rancangan MeleT0P Moreh telah pun bersiaran semalam dan istimewanya ianya dihoskan oleh pasangan pengacara MeleT0P sensasi suatu masa dahulu, Nabil Ahmad dan Neelofa. Sudah lama mereka tidak sepentas dan kali ini gandingan mereka meleraikan kerinduan peminat.
Sebagaimana selalu, pasti akan ada segmen karaoke berantai tetapi kali ini ditukar kepada Mengaji Berantai. Meninjau akaun Instagram MeleT0P, telah dikongsikan satu video yang memaparkan alunan suara pengacara MeleT0P dan tetamu-tetamu jemputan.
Qawiy Aro, Fakhrul Unic, Imam Muda Asyraf dan Izmir Fareez menyahut cabaran Mengaji Berantai surah Yasin. Qawiy memulakan bacaan dengan alunan yang mengasyikkan. Siapa tidak tahu kelunakan suara Qawiy yang suka menerjah orang untuk program Tebuk Al-Quran ini.
Nabil pula spontan menyambung bacaan Qawiy sambil bertaranum. Bacaan Fakhrul juga sangat merdu. Iman Muda Asyraf dan Izmir pun tak kurang hebatnya. Neelofa sendiri tidak ketinggalan memperdengarkan suaranya, sedap suara Umi Bilal dan Abbas ni.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 9000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Allahuakbar.. MasyaAllah suka Alunan Taranum Jiharkah Alhamdulillah.. sebak rasa. Terbaik semuanya.. ”
” MashaAllah.. semua sedap bacaannya.. Tolong meletop kekalkan neelofa dan nabil sepanjang bulan ramadhan..Plzz.. ”
” Masya Allah, terbaiklah semua.. Teruskan slot dan program ni. Please.. sedap nya suara semua.. ”
” Masya Allah tabarakallah.. Terboikk lahhhh.. sedap sedap semuanya.. . saya suka.. nk lagi.. ”
” Allahu Akbar.. sedap suara semua. love suara lofa.. Subhanallah, MasyaAllah.. TERBAEK semua. Alhamdulillah.. ”
” Alhamdulillah.. Subhanallah.. best meletop.. suara semua sedap dengar, sejuk tenang hati. Lofa pun sedap suara mengaji, sebutan jelas.. ”
” Kami nak stay kan Neelofa dan Nabil sepanjang Ramadhan untuk jadi host meletop.. program moreh terbaik.. ”
Alhamdulillah program MeleT0P semalam memberi banyak manfaat dan ilmu untuk semua penonton. Ramai juga yang request supaya Nabil dan Neelofa dikekalkan sepanjang bulan Ramadhan ini sebagai pengacara MeleT0P Moreh. Kalau permintaan ini dipenuhi, tentu seronok peminat Nabil dan Neelofa.
Silakan SHARE..
Sumber : IG MeleT0P
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen