Artis / Selebriti
” Bila bini dah belikan, tak sampai hati kalau tak pakai.. ” – Amar Baharin
Amar Baharin Kongsi Gambarnya Memakai Baju Tidur Yang Dihadiahkan Oleh Isterinya, Amyra Rosli Buat Ramai Terhibur. Dia Punya Posing Tu Yang Tak Menahan Sungguh, Siap Lentik-Lentik Kaki !!
Pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli tidak perlu diperkenalkan lagi. Sering bergandingan bersama di dalam beberapa buah drama telah menimbulkan bibit bibit cinta antara mereka dan akhirnya bertemu jodoh. Perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa merupakan nama cahaya mata mereka berdua. Meninjau ke akaun Instagram Amar, dia telah memuatnaik beberapa keping gambarnya memakai baju tidur. Baju tidur tersebut amat comel dengan bercorakkan kartun Doraemon.
Menurut Amar, baju tidur tersebut dibeli oleh isterinya dan untuk menjaga hati isterinya, dia perlulah memakainya. Bukan semua lelaki gemar berpakaian begitu kerana baju tidur tersebut sememangnya keanak-anakan sangat. Dah nampak macam kanak-kanak riang pula, hehehe.

Sikap Amar yang sporting ini turut menghiburkan netizen. Sekali imbas, Amar sudah seperti watak Nobita iaitu kawan baik kepada Doraemon dalam kartun tersebut. Gambar terakhir yang dikongsikan Amar memang win habis dengan gaya posingnya.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN – > untuk gambar seterusnya.. )
Perkongsian tersebut telah membuatkan ramai terhibur kerana gaya posing Amar yang begitu bersahaja. Antara komen-komen yang diberikan :
” Opst.. sorry. Tapi ok jer. Nampak muchhhh youngerrrrr. Hahaha comel je. yang last tu dah kenapa… mana nk cari pyjamas macam tu ? hmm nk juga.. “
” Hahahaha terbaik bang. Satu pender4an ni . Cutenye baju doraemon. Hahaha last pic tu kenapeee. cute lah family ni.. nampak macam Nobita plak.. “
” Tak menahan pic yg last tu. Gedik je abg Amar Baharin gambar yg last tu . turutkan ajer. nak kata apa. haha.. siapa tak sayang bini kan.. “
” Yg last tu tak leh tahan gelak… Tapi tetap comel family.. lepas ni belikan baju sepultura chaos A.D kat aamyra rosli bang.. “
Sebenarnya baju tidur sebegini sudah menjadi satu trend. Ada juga yang dijual sedondon untuk satu keluarga. Tetapi comel juga apabila orang dewasa memakai baju tidur bercorak kartun sebegini. Nampak lebih muda dan lihat sahaja Amar nampak macam muda 10 tahun pula. Hahaha.

Apa pun memang sweet sangat pasangan suami dan isteri ini. Siapa tidak sayangkan isteri kan ? Mestilah terima apa juga yang isteri hadiahkan. Semoga hubungan Amar dan Amyra terus berkekalan hingga ke Jannah serta sentiasa berbahagia di samping anak-anak yang comel.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Amar Baharin, Amyra Rosli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku hati dah tak sedap dan memang bila aku bawak Sarah turun.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” So tak salah pun bila saya nak cakap macam tu, bagi saya agak salah lah kalau.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Boleh dia jawab ‘thats how conversation works’. Banyak auta anak jantan aku ni.. ” – Noor Nabila

