Artis / Selebriti
” Comel sangat, besar nanti handsome ni.. ” – Netizen

Video Terbaru Anak Bongsu AG Azmeer, Muhammad Aesry Athmar Yang Sangat Comel. Alahai Putih Gebu, Sekali Imbas Macam Anak Mat Salleh Lah !!
Pada bulan September yang lepas, penyampai radio dan juga pengacara, AG Azmeer atau nama sebenarnya Muhammad Azmir Selamat telah dikurniakan anak yang kelima. Kesemua anak AG merupakan lelaki dan bayi yang kelima ini diberi nama Muhammad Aesry Athmar.
Untuk rekod, AG telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Emelda Amir. Empat lagi cahaya mata mereka bernama Muhammad Aeril Aqmar, Muhammad Arraz Ammar, Muhammad Aqriz Anmar dan Muhammad Affan Afmar.
Meninjau ke akaun Instagram AG, AG telah berkongsi video terbaru bersama anak bongsunya yang kini sudah berusia 2 bulan. Wajah comel Aesry telah meraih perhatian netizen kerana sangat comel dan sekali imbas macam anak mat salleh pula.
Menurut AG, Aesry selalu hendak berkepit sahaja dengannya tambahan pula AG banyak melakukan kerja dari rumah kerana PKPB. Alahai, kalau bayi secomel Aesry ini nak melekat selalu pun tidak mengapakan. Comel sangat dengan matanya yang bulat itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah membuatkan ramai netizen ger4m melihat kecomelan Aesry. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Comel sangat, besar nanti handsome ni.. Ger4m tengok baby, gebu sangat lah. Putih.. handsome dia tak boleh dibawa berbincang.. ”
” Comelnya dia, handsome sangat hulubalang. Handsome anak abang ag. Alolo, gebu naw oppa.. Ger4m nak cub1t, comel sangat.. “
” Masyaallah comelnya dia macam mama dia. Ya Allah, comelnya baby. Comelnya macam anak orang putih. Comel sangat sangat ni. Ger4m melihatnya.. “
” Allah anak siapa ni ag. Lawa sungguh kak zana tengok. Handsome sangat. Anak siapa ni ye. Nak tau bapak dia siapa. Handsome sangat. Haha.. “
Menurut AG, kelahiran seorang lagi cahaya mata lelaki ini menambahkan lagi rasa sayang dan kegembiraan di dalam keluarga mereka. AG tetap meluahkan rasa syukur terhadap rezeki yang dikurniakan walaupun belum lagi diberikan cahaya mata perempuan.
Mana tahu selepas ini AG ada rezeki dikurniakan anak perempuan pula kan. Mempunyai anak yang ramai ni dapat memeriahkan lagi suasana di dalam rumah.Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Muhammad Aesry Athmar membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.
Silakan SHARE..
Sumber : IG AG Azmeer
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen