Connect with us

Artis / Selebriti

” Patut lah Tokti sampai demam. Lawak lah Fafau, haha.. ” – Netizen

Video Behind The Scene Geng Bekfes Pagi Hot Merakamkan Lagu Sesuci Lebaran Buat Ramai Terhibur. Adoi Fafau, Punya Terkejut Dengar Suara Sendiri. Dengan Liriknya Ke Laut Dalam. Lirik Dah Dekat Tangan Tu Fafau, Haha !!

Tidak lama lagi semua umat Islam akan menyambut perayaan hari raya Aidilfitri. Sana sini lagu raya dimainkan untuk menaikkan lagi semangat hendak beraya. Meninjau akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan behind the scene ketika AG, Johan dan Fara Fauzana merakamkan lagu raya.

Mereka memilih lagu dendangan asal penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza berjudul Sesuci Lebaran untuk dinyanyikan kembali. Gandingan AG, Johan dan Fara memang selalu membuatkan konti riuh dengan gelak ketawa dan usik mengusik antara mereka bertiga.

Klik gambar untuk info..

Begitu juga yang terjadi ketika sesi recording, Fara yang paling banyak membuat hal kali ini. Dapat dilihat menerusi video ini, ketika turn Fara menyanyi, dia sendiri terkejut mendengar suaranya sendiri. AG dan Johan memang dari awal lagi sudah terbahak ketawa kerana tahu bagaimana suara sahabat mereka ini.

Lagi berdekah semua ketawa apabila Fara tersalah lirik. Member pun tak cover langsung si Fara, ketawa lagi ada masing-masing. Macam ni punya BTS hendak siapkan sebuah lagu tidak tahu lah berapa jam masa digunakan. Asyik ketawa tak habis-habis, Fara memang menghiburkan lah.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :

” Fafau terperanjat dengar suara sendiri haha.. Boleh jadi penyamar ni Fafau hehe.. Wakakakakaka anak bulan pun takut nak keluar kalau dengar lagu ni.. ”

” Sedap sangat sampai terperanjat haha.. Aku tak tahu pulak yang BTS punya lagi ke laut dari yang recording haha.. sorry geng.. Berdekah gelak wehhh.. ”

” Sesi mengeluarkan aib sendiri ke apa ni sistur haha.. Lawak lah Fafau and the geng ni. ag dengan johan tu sakan gelak eh.. ”

” Patut lah Tokti sampai demam haha.. Saya baru dengar tadi kat radio hotfm.. tetiba teringat i can see your voice,, ini bukan penyanyi sebenar.. terhiburr betul.. ”

” Jangan risau kak Fafau, kita pun terperanjat haha.. Ramai-ramai terperanjat kali ni dengar suara Fafau.. ”

” Tekojut den.. Aku tgk video ni dgn aku berdekah gelak… yg lain pantang fafau silap sikit habis jadi bahan.. ”

” Sakit perut haha, dengan aku pun nyanyi keayuan.. Terus google lirik eh salah haha.. Tetap dengan typo membaca si farah ni.. ”

Klik gambar untuk info..

Memang lawak sungguh Farakali ini. Terperanjat dengan suara sendiri dan salah baca lirik, Fara menghiburkan semua yang menonton video ini. Bukan mudah team Hot FM hendak merakam lagu raya ini, yang pasti lebih banyak ketawa semuanya kerana Fara.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era FM

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT