Artis / Selebriti
” Bila artis ada trademark, lagu siapa pun dia akan letak sound dia. Limited and legend.. ” – Komen Netizen
Video Anuar Zain menyanyi lagu Ernie Zakri, ‘Masing-Masing’ raih pujian ramai. Wow, menyanyi santai-santai je tanpa mikrofon pun power habis. Sedap lagu ‘Masing-Masing’ versi Anuar ni, lain daripada yang lain..
Memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dari sejak usia belasan tahun lagi dan sudah lebih 3 dekad membina legasi dalam industri muzik, nama Anuar Zain masih kukuh menjadi antara penyanyi paling disanjung ramai sehingga lah ke hari ini.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik adenurulianto, telah dikongsikan video yang memaparkan Anuar menyanyi lagu bertajuk ‘Masing-Masing’ nyanyian asal oleh penyanyi Ernie Zakri. Menerusi video itu, kelihatan Anuar hanya menyanyi dalam keadaan duduk dan tanpa menggunakan mikrofon.
Kedengaran nyanyian Anuar membawa lagu ‘Masing-Masing’ hanya diiringi dengan petikan gitar daripada seseorang yang duduk bersebelahan dengannya. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang kagum mendengar Anuar membawa lagu tersebut dengan caranya yang tersendiri.

Sementara itu, ada juga mengatakan nyanyian Anuar antara yang termerdu untuk lagu ini setakat ini. Bahkan, peminat juga menyifatkan suara Anuar mempunyai keunikan yang luar biasa sehinggakan mendengar nyanyiannya membawa lagu ‘Masing-Masing’ sudah seperti lagunya sendiri.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@adenurulianto Ngefans dengan beliau Bang @anuarzainnetwork sudah dari 2014 dari lagu #LelakiIni dan #SedetikLebih di lagu itu penjiwaan Bang Anuar dalam menyanyikan dua lagu tersebut masuk dalam kategori BAHAYA hahaha. Dan akhirnya Dato Adimus mempertemukan saya dengan beliau saya sangat berbangga hati bisa ngobrol dan sharing sharing cukup lama sama Bang Anuar. Penyanyi dengan jiwa yang sangat deep, dan berasa sudah kenal lama sembang sembang dengan beliau😇🤲😇 Semoga suatu saat Allah kasi jalan kita bisa berkarya bersama, sebelum itu iseng iseng kita bawain #MasingMasingCover dulu di malam itu hehe, sehat terus bang Anuar. Love the moment🇲🇾🇮🇩 cc @erniezakri23 💫 #MasingMasing #AdeGovinda #ErnieZakri #AnuarZain
Di ruangan komen, rata-ratanya video nyanyian Anuar dan pelbagai kata pujian diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Lagu-lagu macam ni memang makanan dia. Anuar Zain king vebrator key.. Masing2 version Anuar Zain.. Sedap Bro.. “
” The ‘male Siti Nurhaliza’. Geng² ni bernafas pun merdu.. The one and only, Anuar Zain.. Sedapnyaa dengarrr.. Tak puas tau dengar.. “
” Anuar Zain ni ada vokal style tersendiri.. limited and legend. Padu.. Dari kecik sampai ke besor aku dengor lagu dia siap beli dari keset ke Cd sampai la ada youtube.. “
” Ending mmg trademark Anuar Zain style.. The best…. As always.. Anuar zain our living legend and golden voice of Malaysia.. “
” Suara Abg anuar zain ini kita tutup mata pun dah tahu suara dia ..sbd tk ad org lain suara mcm dia.. Bila artis yang ada trademark, lagu sape pun dia akan letak sound dia.. “
” Sedapnya laa dengor Anuar Zain nyanyi lagu niiii.. Alahaiii, dh lah minat dia drpd kita kecik sampai laa tua ni.. “
” Aku ni dah la still belum pulih dari lantunan suara beliau many years ago – ku mengerti perpisahan ini, bkn kerana kau mbenci, tp kasih yg pernah ku beri tiada lagi bsama.. “
Bak komen warganet, Anuar Zain antara penyanyi yang mempunyai trademarknya yang tersendiri. Keunikan suara Anuar mampu membawa kelainan pada setiap lagu yang dinyanyikan olehnya. Semoga selepas ini kita dapat mendengar pelbagai lagu penyanyi lain yang dinyanyikan oleh Anuar.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok adenurulianto, anuarzain70
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan abang saya tu, kami pernah tak berborak beberapa tahun tau. Jadi.. ” – Zaki Yamani

