Artis / Selebriti
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
Video nyanyian Hafiz Suip menyanyi lagu Ku Akui apabila dihilangkan muziknya raih pujian warganet. Fuh suara emas, dah macam telan kaset. Tak ada beza ada muzik dan tanpa muzik, sampai tak perasan bila muzik dihilangkan..
Nama menyandang juara Akademi Fantasia ini pernah menyepi seketika tetapi kini Hafiz Suip kembali untuk mewarnai industri seni. Hafiz adalah seorang penyanyi lelaki yang mempunyai vokal yang mantap dan lontaran suara yang jelas. Maka tidak hairan lah, Hafiz pernah 4 kali bergelar vokal terbaik untuk Anugerah Juara Lagu.
Meninjau entry di akaun Tiktok Puteh_langit, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian Hafiz membawakan lagu Ku Akui. Lagu ini salah satu lagu popular nyanyian Hafiz yang menjadi siulan ramai dan sering dimainkan di corong-corong radio.
Menerusi video ini, persembahan oleh Hafiz itu disunting dengan dihilangkan bunyi muzik. Ternyata walaupun tanpa sebarang iringan muzik, suara Hafiz tetap sedap dan merdu. Memetik komen warganet, bukan Hafiz yang perlukan muzik tetapi muzik yang memerlukan Hafiz.

Kelunakan suara Hafiz juga membuai hati pendengar. Sekali pun Hafiz membawakan lagu yang bernada tinggi, tetapi teknik nyanyian Hafiz membuatkan ianya kedengaran menenangkan sahaja. Tiada suara menjerit-jerit ketika high note dan pitching juga tidak lari. Suara Hafiz ini ibarat seperti suara telan kaset, sama sahaja walaupun dinyanyikan secara live.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@puteh_langit
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hafiz Suip daripada dulu mmg vocal dia antara yg terbaik.. hafiz telan kaset… vokal sgt² best walaupun tanpa music.. “
” Sampai x perasan muzik dh hilang. sedap suara hafiz.. ulang2 dgr nak tau part mana nya start xde music.. “
” Tunggu2 juga tdi..bila muzik d hilngkan? ulang bbrapa kali bru prasan.. sdp sora hafiz ni.. “
” Pemenang 4 kali vocal AJL beb.. bukan calang2 ni.. hafiz punya vokal tiada tandingan la. dia x perlukan muzik pun. muzik yg perlukan dia.. “
” Hafiz ni sbnrnya siti nurhaliza versi lelaki, dari segi vokal.. hebat, sopan dan tak melebih… suara dia sama aje ada Muzik x ada Muzik…. sedappp.. “
” Suara dia ada music skali.. mcm same jer.. mcm x buang music.. Ini baru betul2 menyanyi suara merdu walau tak de muzik.. “
” Dalam suara dia ada kaset… Suara dia sedap sampai tak perasan no music.. suara dia yg bawa lagu bukan lagu bawak suara.. “
Kalau sudah azali suaranya memang sedap, tidak perlu ada muzik pun tidak akan menjejaskan nyanyian Hafiz. Vokal lelaki terbaik yang negara ada dan antara mutiara berharga untuk industri seni. Semoga Hafiz terus berkarya dan maju jaya dalam karier seninya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Puteh_langit
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti2 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen

