Artis / Selebriti
” Tengah lapar ke Tiara, habis nama makanan keluar. Haha.. ” – Komen Netizen
Video Tiara cover lagu raya Anuar Zain, Suasana Hari Raya dengan versinya sendiri buat warganet terhibur. Adui Tiara, lain macam sungguh lirik tu. Berkeroncong perut dengar Tiara nyanyi. Lawak betul Tiara ni, haha..
Gelagat anak perempuan Achey Bocey, Tiara Zinnirah Nasir seringkali mencuri perhatian warganet. Sikapnya yang suka berjenaka sama seperti Achey membuatkan ramai ternanti-nantikan video Tiara. Sebelum ini Tiara ada menyanyi lagu Ketipak Ketipung Raya dengan versinya tersendiri.
Perkongsian itu menghiburkan dan penyanyi asalnya, Aisha Retno dan Aziz Harun juga sporting turut menyanyi mengikut lirik yang Tiara hasilkan itu. Terbaru, Achey berkongsikan cover terbaru oleh Tiara dan ianya telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet.
Kali ini, Tiara cover lagu daripada Anuar Zain pula berjudul Suasana Hari Raya. Seperti selalu, lirik lagu Tiara sesuka hatinya sahaja dan apa yang terlintas dalam fikiran Tiara ketika itu, itu lah yang Tiara nyanyikan. Banyak lirik lagu ini yang mencuit hati warganet.

Lain daripada lain, banyak nama makanan yang disebut oleh Tiara dalam lagu ini. Tiara juga kelihatan bgeitu enjoy menyanyi lagu itu. Semakin hari, semakin lawak anak dara Achey ini. Tentu Anuar Zain juga terhibur mendengar Tiara merosakkan lirik lagu raya evergreennya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tiara pasti papa masa muda2 selalu pergi pataya yer haha.. Tgk tiara ni teringat kat arwah abam bocey…. ada je lawak spontan dia… Al-Fatihah buat abam.. tq tiara hiburkan kami.. “
” Adoiii sakit Perut auntie tiara.. Kita perlukan Anuar Zain untuk cover lirik ni.. hri aisya dgn aziz harun dh cover lagu ketipak ketipung.. “
” Part Pattaya balik Malaysia tu buat auntie ketawa besar Tiara oi.. Tiara ni sangat lebih lucu dari bapaknya.. “
” Ntah la tiara… acik sampai lupa lirik asal lagu…. hahahaha…. mcm nak kene gogel la ekk… Ni lebih lagu lauk kesukaan ke mcm mana.. “
” Tengah lapo ke Tiara… abis nama makanan keluar haha.. Hari tu muar, ni pattaya pulak.. lain mcm sampai Pattaya hahahhaha ape buat kat sane.. “
” Ok2.. nak dgr2 siang sikit… mana la taw perut Pon berbunyi2.. BYK botol lauk dia sebut.. onty nak Asam Pedas tuuu. Nak semua la makanan yg tiara bgtau dalam lagu nih.. “
” Ibu dan ayah cari duit untuk beraya. Bertuahh.. Menghiburkan la tiara ni.. Muka happy senyum confident sangat2 tu.. “
Tiara Tiara, lirik Tiara membuatkan orang boleh lupa lirik sebenar lagu itu. Habis semua makanan kegemaran Tiara sebutkan dalam lagu ini. Tengah puasa ni Tiara, mencabar sungguh mendengar lirik lagu Tiara. Apa-apa pun, hiburan yang terbaik daripada Tiara untuk semua dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti6 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi, awak jangan bikin panas eh. Masa tu tengah suka siapa.. ” – Awal Ashaari
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pergh macho la suara Amad sekarang. Macam suara Mamat Exist.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq

