Artis / Selebriti
” Bila anak-anak dah besar, mak lah pula yang nampak paling kecik.. ” – Komen Netizen
Gambar Terbaru Rozi Abdul Razak Bersama Anak-Anaknya Di Majlis Sambutan Ulangtahun Perkahwinan DS Siti Nurhaliza dan DS Khalid Raih Perhatian Ramai. Wah Dah Besar Panjang Anak-Anak Rozi. Gambar Bersalaman Dengan Mak Salmah Tu Ramai Yang Suka !!
Bagi peminat-peminat penyanyi Dato’ Seri Siti Nurhaliza, pastinya akan mengenali sosok tubuh yang sentiasa bersama DS Siti. Pengurus peribadi yang juga bekas kakak ipar kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak adalah antara ‘orang kuat’ sepanjang perjalanan seni DS Siti hingga ke hari ini.
Beberapa hari lalu, DS Siti telah mengadakan sambutan ulangtahun perkahwinannya bersama suami tersayang, Datuk Khalid. Rozi juga tidak terkecuali antara yang sibuk menguruskan majlis tersebut agar berjalan dengan lancar dan Rozi turut berkongsi beberapa gambar sekitar majlis diadakan di akaun Instagram miliknya.
Namun apa yang menarik adalah gambar Rozi bersama anak-anaknya yang turut hadir ke majlis itu. Menerusi gambar itu, kelihatan Rozi berada di tengah-tengah dan diapit oleh dua anak lelaki dan anak perempuan tunggalnya. Wah, sudah besar rupa-rupanya anak-anak Rozi, tinggi lampai semuanya.

Meskipun sudah bertahun berpisah dengan abang DS Siti iaitu Saiful Bahri Tarudin atau Ayie, hubungan Rozi bersama ahli keluarga bekas mertuanya masih terjalin dengan baik. Bahkan ada yang memuji Rozi seorang wanita yang cekal dan tabah menggalas status sebagai ibu tunggal.
Ikuti perkongsian gambar-gambar di bawah ini :
(Klik butang KANAN> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya menyukai gambar-gambar yang dikongsikan oleh Rozi. Antara komen-komen menarik adalah :
” Gaya seorang Pengurus Nombor Satu Negara.. Hebat Kak Rozi.. Bila anak-anak dah besar, mak lah pula yang nampak paling kecik.. ”
” The one & only Kz.. Kz mmg hebat. Berpuluh tahun masih setia dgn Ctdk. Lagi satu paling penting awet muda sungguh ye kz. Dari sy sek rendah skrg anak 4 dah. Muka kz mcmtu je tak berubah.. “
” Kak z the wonder women.. Semoga Kak Z sentiasa diberikan kesihatan yang baikk… Dapat menjalankan tugas dan menjadi Dato’ Siti.. “
” Alololo shomelllnyaaa Kak Rozi.. Aiyoooo sekali sekala Kak Rozi dressup bukan main ya.. Love KZ.. Semoga selalu sihat dan bahagia.. “
” So inspiring.. I wish to meet u one day. Semoga semakin luas rezeki Kak Rozi diberi kesihatan yg baik. Dipermudah urusan selalu.. “
” Maintain cantik lah Kak Rozi, awet muda walaupn anak2 dah besar semuanya.. Tahniah Kak Rozi, kak orang yang kuat, hebat.. “
” Indahnya tengok gambar Kak Rozi bersalaman dengan Mak Salmah. Hubungan antara ibu mertua tak akan pernah terputus.. “
Sudah puluhan tahun DS Siti dalam persada seni tanah air dan dalam tempoh itu juga lah Rozi berkhidmat bersama DS Siti. Jasa dan pengorbanannya memastikan kerjaya DS Siti berjalan dengan lancar tidak dapat dinafikan. Semoga Rozi terus diberikan kesihatan yang baik serta segala urusanya sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG rozisangdewi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga6 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pergh dah dapat tone suara mak dia. Pejam mata weh, meremang. Aura Sarah kuat.. ” – Komen Netizen

