Artis / Selebriti
” Bestnya hadiah konvo dorang. Memang satu penghormatan buat DS Siti.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza membuat persembahan khas di Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke 64. Wah teruja semua dapat tengok Tokti menyanyi depan-depan. Goosebumps dengar suara Tokti..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sitizoner, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza membuat satu persembahan khas sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke 64.
Majlis ini turut dihadiri oleh Sultan Perak yang juga Canselor Universiti Malaya, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Sebelum memulakan nyanyiannya, DS Siti memohon perkenan daripada Sultan Nazrin untuk meneruskan persembahan dan mengucapkan ucapan tahniah buat semua graduan yang berjaya menghabiskan pengajian dengan jayanya.
DS Siti menyampaikan 2 buah lagu popularnya berjudul Seindah Biasa dan Cindai. Kedua-dua buah lagu ini disampaikan dengan cukup sempurna oleh DS Siti. Kelunakan suara emas DS Siti berkumandang di dalam dewan dan turut dapat didengari oleh semua yang berada di sekitar luar dewan.
Ramai yang memuji suara DS Sti yang lunak dan merdu seperti ‘telan kaset’. Siapa sahaja yang tidak terbuai dengan suara merdu DS Siti ini. Tersenyum gembira semua graduan dan hadirin di atas pentas menikmati nyanyian oleh DS Siti itu. Ini pasti menjadi moment indah untuk semua graduan.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@sitizoner
@sitizoner
@sitizoner
Perkongsian ini meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :
” YBhgia Datoβ Sri Siti Nurhaliza Taruddin, Biduanita Negara.. Dia tau dia kena nyanyi untuk mjlis istiadat dia mnyanyi pon santai ja kn.. “
” Perghh sebijik kaset.. Tokti tak pernah menghampakan kita.. Tokti nyanyi live memang sedap.. bila dengar macam terkesima, suara sedap sangat tokti ni.. “
” Bestnya konvo ada Tokti.. Pentas terkecil yg pernah ct performβ¦ comel jee stage hitam heheheh.. jelesnya sy grad PhD kat dewan ni 2019 dulu xde pon DCT.. “
” Macam kaset la suara tokti ni.. goosebump betul bila dct mnyanyi.. klo akula yg duk dpn tu tgk plak biduanita negara dpnΒ² plak.. xtido seminggu dibuatnya.. love teruk Tok ti.. “
” Untungnya yang dapat konvo dengan tokti.. tahniah kepada semua penerima phd.. Ini baru dinamakan konvo yang ada class, biduanita negara tu.. “
” Hebat istiadat konvo UM. Tertib je semua. Siti Nurhaliza brilliant dalam adapt apa jua majlis. Kagum. Takde pun mcm konsert.. “
” Bestnya hadiah konvo dorang.. semua nk tgk biduanita negara tak jemu mata memandang…. teruja masing-masing.. memang satu penghormatan .. buat Dato Sri Siti Nurhaliza dan juga para graduan.. “
Beruntung sungguh semua yang menghadiri majlis graduasi pada hari itu kerana dapat mendengarkan suara buluh perindu DS Siti secara live. Penghormatan buat biduanita negara dan hadiah konvokesyen yang paling bermakna untuk semua. Tentu ada yang request DS Siti hadir ke majlsi konvokesyen lagi pada tahun hadapan.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sitizoner, IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Obvious sangat ni Abang Long. Kak Long blushing tak boleh cover dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Mama YB senyum je perhati gelagat anak menantu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Banyak kali saya menangis hari ni. Terharu tengok keluarga YB menerima Bella seadanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sorry Qadejah, memang tergelak dengar. Ni betul-betul Dato’ Aliff versi perempuan, haha.. ” – Komen Netizen