Artis / Selebriti
” Bella tak boleh berlakon dengan saya.. ” – YB Syed Saddiq
Video Bella Astillah menelefon YB Syed Saddiq menyamar sebagai ‘Hana’ buat ramai terhibur. Last-last kantoi juga, YB boleh kenal sangat suara Bella. Tak boleh nak menyamar, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik stesen radio Era, telah dikongsikan video yang memaparkan YB Syed Saddiq menjadi tetamu jemputan di segmen 3 Pagi Era bersama penyampai radio, Haziq dan Namie. Menerusi video itu, YB Saddiq segak mengenakan baju Melayu berwarna hijau.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet kerana YB Syed Saddiq telah menerima satu panggilan daripada seorang wanita bernama ‘Hana’. Menerusi perbualan tersebut, Hana ada bertanya mengenai pengorbanan yang pernah dilakukan oleh YB Saddiq sepanjang hidupnya.
Kata YB Saddiq, perkara yang tidak dapat dilupakan oleh dirinya adalah saat perlu membuat pilihan sama ada untuk menerima tawaran pengajian di Universeti Oxford atau meneruskan minatnya dalam bidang politik. Meskipun ditawarkan biasiswa, YB Saddiq tetap memilih untuk meneruskan perjuangannya sebagai ahli politik dan mengatakan itu adalah satu pengorbanan yang besar beliau pernah lakukan.

Tidak disangka, sebenarnya wanita dalam panggilan tersebut adalah Bella Astiilah dan penyamaran Bella dapat dihidu oleh YB Saddiq. Seloroh YB Saddiq, Bella tidak boleh berlakon dengan dirinya kerana YB Saddiq sangat mengenali Bella. Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah menerima belasan ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Bella takboleh berlakon dgn sy” sawan kita dgr.. Pagi2 dah dapat vitamin.. Offer frm oxford tu , bkn calang2 YB kita ni, moga pilihan sekarang ni tepat dan Allah permudahkan segalanya.. “
” YB mmg dh tau dr awal itu Bella cayalah dorang berdua nihhh… Tak bole tipu each other.. Comelll Bella. YB tau ehhh muka awal² dah suspicious hahaha.. “
” Weyhhhhh ckp “Ehhhhh” pun dia da kenal.. Bahaha.. First word wa’alaikummussalam pun muke yb dh start suspicious Letih laa pagi2 da dok senyum jeh nie.. “
” Bella tak pandai nipu.. YB tu org cerdik.. Kejap je tangkap.. Trademark salam tu… Yb dah kenal sangat ler kekasih hatinya.. “
” Ulang2 tengok video ni.. Tetap senyum sendiri.. Cara Bella jawab Yerr… Itu ada lah Bella Astillah.. Kita pun dah dapat agak.. “
” Dia punya pasang telinga kat mic sbb mmg dah tau tu Bella tu lawak.. Kantoiii la org sandakan mengaku perak, hehe..Saya tengah demam pun boleh sengih2 tengok video ni tau.. ”
” Aku bukanlah fans diorang. Tak pernah komen ape² kat mana² post tentang mereka. Tp yg nie aku boleh gelak sorang² kat cafe nie. Kahkahkah thanks era.. “
Alahai sweet sungguh mendengar perbualan YB Saddiq dan Bella. Usik warganet, Bella sudah ‘kantoi’ apabil pada awalnya mengaku berasal dari Perak, namun Bella tidak bercakap dialek Perak dan ada beberapa perkataan yang sering digunakan Bella membuatkan YB Saddiq sudah mengetahui Hana sebenarnya adalah Bella.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je, bellaastillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring

