Artis / Selebriti
” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah berkongsi hasil tangannya menggubah hantaran majlis pertunangan adiknya, Didi Astillah raih perhatian ramai. Wah cantiknya, nampak eksklusif sangat. Serba serbi pandai lah Bella ni, untung YB Syed Saddiq kan..
Meninjau di akaun TikTok milik baseemaelhaura dan sitieiyka90, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan penyanyi dan pelakon terkenal Bella Astillah sedang membuat gubahan hantaran. Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai kerana memperlihatkan sisi kreatif Bella yang jarang ditonjolkan kepada umum.
Menerusi video pertama, kelihatan Bella berada di kediamannya sendiri sambil memulakan proses gubahan hantaran dengan penuh teliti. Setiap langkah dilakukan dengan cermat, sekali gus menunjukkan kesungguhan Bella dalam memastikan hasil gubahan itu nampak kemas dan indah. Suasana begitu santai, namun fokus jelas terpancar sepanjang proses tersebut.
Menerusi video kedua pula, Bella dilihat meneruskan gubahan hantaran dengan bantuan sahabatnya. Kerjasama yang ditunjukkan mereka berdua menceriakan suasana, selain diselitkan dengan gurauan ringan yang menghiburkan para penonton. Bella turut berkongsi hasil akhir gubahannya kepada para pengikut setia yang menonton siaran langsung berkenaan.

Menurut Bella, para penonton yang mengikuti siaran langsung itu merupakan individu terawal yang dapat melihat hasil gubahan hantaran tersebut. Perkongsian secara eksklusif itu membuatkan ramai berasa teruja dan sekali gus mengeratkan lagi hubungan Bella bersama para peminatnya di media sosial.
Tonton video di bawah ini :
@baseemaelhaura Bella dgn maksu buat hantaran utk didi tau..gigih diorg ni ye, buat sendiri lg puas hati #bellaastillah #syedsaddiq #fypp #fyp
@sitieiyka90 Sambung buat hantaran tunang didi cantiknya bella buat😍🤲🏻 #bellaastillah #didiastillah #hantarantunang #fypageee #fyppppppppppppppppppppppp
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video-video tersebut dan pelbagai kata-kata pujian telah dilontarkan. Antara komen menarik yang diberikan adalah :
” Bella ni apa je takleh buat, multipurpose betul. Cantik betul gubahan dia buat.. Patut lah Yb kita sayang sangat dekat Bella.. “
” Padahal dia boleh aje tempah, tp tetap nak contribute something yg meaningful utk adik kesayangan.. Cantik dan nampak mahal sangat.. “
” Bagus Bella seorang Kakak yg penyayang & buat yg terbaik untuk adiknya. Buat hasil tangan sendiri lagi rasa puas hati dari membeli dah siap.. “
” Bella serba bolih.. Tak perlu tempah dia bolih buat lagi yang cantik terbaik untuk adik tersayang nya.. Tahniah Didi.. “
” Masak pandai, rajin, kuat kerja, buat gubahan pun pandai. Seketul yg bernama Bella.. Hebat betul lah Bella ni.. “
” Excited bella nk tunjuk hasil gubahan hantaran dia buat untuk adik tersayang.. You are so kind Bella.. Patutlah ramai yg sayang.. “
” Bella Astilla wanita perfect. Untung sgt2 Yb. Betullah kata YB wanita hebat dan wanita luar biasa.. Moga berbahagialah Bella dgn YB hingga ke Jannah.. “
Difahamkan gubahan hantaran tersebut disediakan khas untuk majlis pertunangan adik Bella iaitu Didi Astillah tidak lama lagi. Perkongsian ini bukan sahaja menarik perhatian warganet, malah mempamerkan sifat penyayang dan kreatif Bella sebagai seorang kakak.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok baseemaelhaura, sitieiyka90
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden

