Connect with us

Artis / Selebriti

” Baru tahu hari ni lagu Kesetiaan rupanya ciptaan dua anggota kumpulan Exists.. ” – Netizen

Perkongsian Ajai Mengenai Arwah Siti Sarah Raissuddin Buat Ramai Tersentuh. Bermula Dengan Lagu Ajai, Berakhir Juga Dengan Lagu Ajai. Sebak Tengok Gambar Yang Ajai Kongsikan !!

Sebut sahaja nama Ajai pasti ramai yang mengenali sosok tubuh ini. Lebih tiga dekad Ajai berada dalam arena seni hiburan tanah air bergelar seorang penyanyi dan komposer. Ajai atau nama sebenarnya, Mohd. Faizal Maas sangat terkenal dengan hasil karya lagu yang diciptaanya.

Boleh dikatakan ramai penghibur tanah air pernah berjaya dengan karya Ajai, termasuk Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Ella, Hafiz Suip dan penyanyi dari negara seberang, Kris Dayanti serta lain-lain lagi.

Klik gambar untuk info..

Terbaru meninjau di akaun Instagram, Ajai telah memuatnaik gambarnya bersama arwah Siti Sarah Raissuddin. Ajai menyenaraikan beberapa lagu ciptaannya sepanjang hayat arwah Siti Sarah. Akui Ajai, arwah Siti Sarah seorang penyanyi yang mempunyai aspek nyanyian yang dia mahukan.

Perkongsian Ajai tersebut telah mengundang sebak warganet. Ramai yang meluahkan rasa rindu kepada arwah Siti Sarah. Bukan itu sahaja, ada peminat baru tahu yang lagu Kesetiaan adalah ciptaan Ajai bersama seorang lagi ahli kumpulan Exist iaitu Musrad.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka juga menitipkan doa buat Siti Sarah. Antara komen-komen menarik adalah :

” Baru tahu hari ni lagu Kesetiaan rupanya ciptaan dua anggota kumpulan Exists.. Al fatihah buat arwah Siti Sarah, semoga arwah tenang di sana.. “

” Mungkin dikalangan anda tidak mengenali Musrad atau Musa pemain bass kumpulan Exists.. Bait-bait lirik 4 lirik lagu ini menunjukkan kepercayaan ajai terhadapnya.. “

” Thank you Ajai sebab buat lagu untuk arwah.. Memang berkesan setiap bait bait lirik yang arwah nyanyikan . Terbaik.. “

” Bermula dgn lagu abg ajai ngan berakhir jugak dgn lagu abg Ajai.. Tiada duanya, syurga untukmu bidadari syurga Siti Sarah.. “

” Saya adalah salah seorang peminat Abg Ajai & Kump Exist serta Arwah Siti Sarah. Lagu2 ciptaan Abg Ajai sgt menyentuh jiwa.. menusuk kalbu. Suara Arwah Sarah sangat unik dgn tone yg tersendiri.. “

” Sumpahhh sampai skrg dgr lagu arwah aku ngis, lagu2 dia byk yg sdp2… Kalau tgh kerja mmg elak sgt dr dgr lagu arwah.. Tkut ngis.. “

” Alfatihah.. Perginya tiada pengganti.. Hingga ke har ini, masih tak pernah pun lupakan Siti Sarah.. Rasa seperti dia masih ada.. “

Klik gambar untuk info..

‘ Tiada ganti’ , ini lah kata tepat untuk arwah Siti Sarah. Bakat dan suara arwah Siti Sarah tidak mungkin akan ada yang seperti dirinya. Pemergiaannya membuat ramai bersedih dan sehingga ke hari ini masih ramai yang masih merinduinya. Al-Fatihah buat arwah Siti Sarah, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang dikasihi Allah serta tenang di sana.

Silakan SHARE..

Sumber : IG byajai, sitisarahraissuddin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT