Artis / Selebriti
” Baru dengar macam ni pun dah sedap weh. Makan apa eh kreatif sangat ni.. ” – Komen Netizen

Video teaser lagu duet raya Hael Husaini dan Nadeera Zaini buat ramai teruja. Wah lain daripada yang lain lagu raya Hael ni. Baru dengar sikit dah tangkap masuk dalam kepala. Terus terngiang-ngiang liriknya tu..Β
Gandingan Hael Husaini dan Nadeera Zaini untuk lagu Bukan Lagi Kita membuktikan kolaborasi antara mereka mampu mencipta kejayaan dan fenomena dalam industri. Hael bukan hanya hebat dalam nyanyian tetapi juga seorang komposer lagu yang serba boleh.
Meninjau entry di akaun Tiktok Hael Husaini, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian Hael bersama Nadeera. Bukan lagu sebarang lagu, kali ini mereka muncul untuk lagu raya pula. Pada ruangan kapsyen, Hael menulis ‘Sabajap sayenk saba’ beserta hashtag ‘ Meriah Lain Macam Ft Nadeera ‘ di akhir kapsyen.
Lirik dan irama lagu ini menarik dan kreatif. Siapa sangka, perbualan antara suami dan isteri boleh dijadikan lagu dan ini lah yang Hael lakukan. Bait-bait liriknya kedengaran agak catchy dan seronok didengar. Tambahan pula suara Nadeera dan Hael yang merdu membuatkan ramai yang berulang kali mendengar teaser ini.
Ramai yang memuji keunikan lagu raya terbaru Hael ini. Pastinya lagu ini akan menjadi pilihan ramai pendengar kerana ianya berbeza dengan lagu raya yang lain. Pendek kata, semua lagu ciptaan Hael ada keistimewaan dan tarikannya tersendiri. Terbaik lah Hael dan Nadeera.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@haelhusaini Sabajap sayenkk saba #raya2025
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 150 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hael husaini buat lagu apa pon mmg meletop… sumpah best gila.. comel betul hael dengan nadeerani. reaksi muka korang tu memang win lah.. tahniah.. “
” Sedar- sedar je, eh dah ulang balik video nye. Punya nak tggu next soalan nadeera βsayangβ¦β “
” Baru dengar gini pun dah sedap weh. conversation harian pun hael boleh tukar jadi lagu. makan apa eh kreaktif sangat niii hahahaha.. “
” Belum full lagi kan lagunya tapi sedap gile wei.. siapa ulang banyak kali kita geng.. Ni pasangan yang dah 10 tahun kawin ni. jawab pun ‘ haaa’.. haha.. kreatif betul.. “
” Ayat2 yg biasa isteri tanya kt suami bila nk raya.. suruh balik cepat tu yg paling tepat hehe.. comel la lagu ni. lagu raya 2025 paling letop.. “
” Love teruk lagu ni.. sukanya duo ni.. kesian orang single nak hello siapa haha.. best best lagu raya 2025 yang approved.. “
” Okay nak try call suami pastu menyanyi lagu ni haha.. Ingatkan lagu halloween tadi. Rentak memang hael husaini bethol, tak shabar nak dengar chorus.. “
Baru mendengar teaser sebegini sahaja sudah membuatkan semua pendengar terhibur. Hael memang ada sentuhan magik dalam mencipta lagu yang pastinya akan menjadi antara playlist wajib raya untuk semua. Cepat sikit Hael post versi penuh, ramai yang tak sabar ni, hehe..
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Hael Husaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen