Connect with us

Artis / Selebriti

“ Baiknya Mok Cik ni, teringat mak kat kampung macam ni la.. ” – Netizen

Fedtri Yahya Kongsi Video Seorang Wanita Berusia Datang Di Lokasi Sh00ting Mereka Buat Ramai Tersentuh. Orang Berbudi, Kita Berbahasa. Baiknya Hati Mak Cik Ni !!

Siapa tidak mengenali Ahmad Fedtri Yahya, seorang pengacara dan personaliti televisyen yang terkenal dalam bidang penyiaran industri seni Malaysia. Fedtri seorang yang sangat berbakat dan dikagumi ramai serta intonasi suaranya yang lunak dan jelas penuh kesusasteraan dalam pengacaraan membuatkan ramai terpesona.

Fedtri sering berkongsi video dan gambar berbentuk ilmiah dan motivasi di akaun Instagram miliknya. Penulis buku dan lirik lagu ini juga sentiasa mendapat perhatian ramai apabila dirinya sering mengarang kata-kata pujangga bahasa Melayu untuk peminat yang sentiasa mengikuti perkembangannya di laman sosial.

Baru-baru ini, Fedtri telah memuatnaik satu video yang memaparkan kedatangan seorang wanita yang sudah berusia di lokasi sh00ting mereka sambil membawa hidangan berbentuk keropok. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai. Malah, wanita itu menggelarkan dirinya sebagai ‘mok cik’ dan memberitahu dirinya sudah mencecah usia 60 tahun.

Mok Cik ini sememangnya kelihatan sangat peramah dan baik hati dalam video itu kerana sanggup menjamu hidangan untuk Fedtri dan rakan-rakannya yang lain. Sikap Mok Cik ini yang sememangnya pemurah memberi makanan kepada tetamu luar membuatkan ramai yang tersentuh melihatnya.

Jom tonton video di bawah :

Posting Fedtri ini mendapat banyak tanda suka dan personaliti Mok Cik ini membuatkan sesetengah netizen rindu akan ibu dan nenek mereka yang kelihatan sepertinya. Ramai juga yang mendoakan kebaikan dan kesejahteraan untuk Mok Cik ini. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

“ Awat kata k0man.. Tak k0man aih.. Kep0k ikan sedap tu.. Sweet nye macik.. Teringat nenek saya.. Budaya ganu selagi tak mkn tak senang hati layan tetamu.. ”

“ Teringat mak kat kg.. Mcm ni la perang4inya.. Tak kan diizinkan tetamu balk perot kos0ng.. Rindu mak.. Semoga pkpb segera berakhir.. Masyaallah.. Baiknya hati akak ni.. ”

“ Kerepok dok k0mang mokcik.. Feveret kita tu mokcik.. Nok2 kepok lekor goreng tu.. Rindu mok kita.. Kapung mana ni mokcik.. Semoga mokcik dimurahkan rezeki.. ”

“ Saya tngk ni ternang1s srbb teringt nenek saya ya Allah rindunya.. Baiknya mokcik ni.. Akhlak yang baik untuk generasi baru contohi.. Sedak kepok goreng tu.. ”

“ Masyaallah.. Teringat pd bonda sy yg suke jamu pd org.. Semoga makcik ni sentiasa diberikan kesihatan yg baik.. Shooting kat kg mne abg fedtri.. Mokcik tu ckp ganu pekat tu.. ”

“ Ya Allah.. Baiknya makcik ni.. Smpi semp0t dia berjalan.. Moga allah beri kesihatan kpdnya.. Comellah mak cik.. Semoga murah rezeki mak cik.. D0k k0mang pun kepok. Sedak tu.. ”

“ Salah satu amalan sedekah menjamu org makan, akhlak terpuji, wajar dituruti.. Rezeki utk abg fedtri dan krew.. Bekas makanan jangan lupa pulahgkan yaaa.. ”

Indahnya hidup bermasyarakat jika orang berbudi, kita berbahasa. Perkongsian Fedtri ini sememangnya memberi contoh yang baik untuk masyarakat jadikan sebagai teladan. Semoga Fedtri sentiasa sihat dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan serta terus berkarya untuk terus memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Silakan SHARE..

Sumber: IG fedtriyahya

Artikel ini disediakan oleh Berita Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT