Artis / Selebriti
” Bagusnya abang, kecil lagi dah pandai protect adik.. ” – Netizen
Rakaman CCTV Yang Memaparkan Gelagat Anak Syatilla Melvin, Syeriv Samheizy Menjaga Adiknya Daripada Terceder4 Raih Perhatian Ramai. Wah Bagus Sangat Syeriv, Abang Yang Sangat Prihatin Ni !!
Meninjau ke akaun Instagram, perkongsian sebuah rakaman CCTV yang memaparkan gelagat dua orang anak Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam telah meraih perhatian ramai. Dalam video tersebut merupakan Syeriv Samheizy dan adik bongsunya, Salama Samheizy.
Ketika itu mereka berada di ruang tamu sambil bermain. Ketika bermain, Salama yang duduk di tepi meja kaca telah mengoyang-goyangkan kepalanya. Syeriv yang berada berdekatan, segera menuju ke adiknya dan memegang bucu meja kaca tersebut.
Tindakan Syeriv ini bertujuan untuk mengelakkan kepala adiknya itu terkena bucu meja. Tambahan pula meja tersebut merupakan meja kaca, sememangnya bucu meja kaca agak membahay4kan. Wah, bagus sangat sikap yang ditunjukkan oleh Syeriv ini.

Sebagai seorang ibu, semestinya sikap yang ditunjukkan oleh Syeriv ini membuatkan Syatilla berasa terharu dan bersyukur. Syeriv amat menyayangi adik-adiknya dan boleh diharap dalam menjaga adiknya ketika ibu bapa tiada di ruang tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Syeriv ketika menjaga adiknya. Antara komen-komen yang diberikan :
” Anak2 ikut cara perlakuan mak bapa diorg.. blh byg jika begitu protectivenya ank ni sbb protective nya mak ayh diorg.. kdg2 benda mcm ni mak pak xajar tp melalui pemerhatian sj diorg blh tiru.. “
” Bagusnya abang.. kecik2 lg dh pandai protect adik.. tp ishh risau laa tgk meja kt situ.. takut dh start memanjat atas meja tu plak dh la meja kaca.. mula2 tak nmpk kata ada meja, bila syeriv pegang baru prasan.. “
” Aku tengok kali ketiga baru perasan tu meja. Tu pon sebab baca komen hahahaa good syeriv.. Dulu 2nd pregnancy hari2 usha IG syeriv dgn harapan terkenan lah. Sekali yg keluar gegurl jugak.. “
” Laaa tak perasan ada meja kaca situ. Bucu tajam tu. Bagus la syeriv ni.. dia punya jaga sampai nak tercabut seluar.. tuka meja pls.. “
” Act of service mattttyyip pandainya hang sweet boy ish.. tak sabar nak tunggu dia besaqqq… mesti semua filem ada dia .. “
” Sweetnya matyipppp Nanti ramai perempuan beratur ni.. MasyaAllah syg btl abg syeriv kt adiknya.. dahla hensem sweet pulak tuuu.. “
” Baguih ni.. Otak Jalan cepat.. Sis pun ada meja mcm tu jugk..tpi dh alih ke tepi dinding takut kna kepala ank2.. bru npk mrja ,ingtkn dia pgg apa.. “
Sikap Syeriv ini sangatlah dipuji kerana sangat prihatin ketika bersama adiknya. Nampaknya Syeriv sudah boleh diharap untuk membantu menjaga adik-adiknya. Sikap sebegini menunjukkan Syeriv seorang yang matang walaupun usianya masih muda.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Syeriv Samheizy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lala, dalam hati daddy ni ada 2 orang je perempuan yang daddy cinta.. ” – Syamel
-
Artis / Selebriti5 days ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa ni pedih, mata masuk habuk. So touching, sahabat dunia akhirat.. ” – Komen Netizen

