Connect with us

Artis / Selebriti

” Bagus sungguh, hebatnya adik. M4lu acik, acik pun tak terhafal lagi.. ” – Netizen

Rita Rudaini Kongsi Video Anak Keduanya, Airit Qaqa Arjuna Memperdengarkan Hafazan Surah Al-Waqiah. Wah Qaqa, Lancar Bacaannya, Hampir Hab1s Satu Surah. Terbaik lah !!

Rita Rudaini antara selebriti yang sering mendapat perhatian peminat. Masih berstatus ibu tunggal sehingga sekarang, Rita membesarkan dua orang anak lelakinya yang bernama Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Rita juga seringkali berkongsi kisah anak-anaknya ini di akaun sosialnya.

Hasil tinjauan kami di Instagram Rita Rudaini, telah dimuatnaik satu video baru yang memaparkan anak keduanya, Qaqa sedang memperdengarkan hafazannya. Qaqa yang menghafal surah Al-Waqiah sambil disemak oleh Rita sendiri. Ini adalah antara rutin selepas Subuh Rita dan anak-anaknya.

Video yang berdurasi lebih kurang 9 minit ini menunjukkan Qaqa sudah lancar bacaan pada permulaannya. Surah ini  mempunyai 96 ayat keseluruhannya. Setelah lebih separuh bacaannya, Qaqa terlupa ayat yang seterusnya dan dibantu Rita untuk mengingati ayat tersebut.

Qaqa membuat beberapa kali percubaan namun ayat yang dibacanya tetap tersal4h. Berjaya menghafal sehingga ayat ke 69, bagaimanapun ianya pencapaian yang bagus. Rita sememangnya menekankan ilmu agama untuk anak-anak lelakinya ini dan sering mengaji bersama.

Jom tonton video di bawah :

Bacaan Qaqa dan gayanya yang berusaha untuk meneruskan bacaannya itu walaupun berulang kali ters1lap mendapat pujian dan perhatian peminat. Antara komen-komen mereka :

” MasyaAllah kak rita bagusnya usaha sama2 hafal. Boleh share mcm mana jadual hafazan anak kak rita tak.. “

” Wow hebat adik tak give up keep trying. Alhamdulillah sempurna didikkannya, Allahuakbar.Semoga sekeluarga sentiasa dlm lindungan ALLAH… “

” Baguihnya. Mak tok sampai la tak terhafal. Dapat dua baris saja. Alhamdulillah . Tahniah Sis. Semoga terus barokah dan menjadi anak yg soleh.. “

” Bagus sungguh, hebatnya adik. M4lu acik, acikpun tak terhafal lagi. Alhamdullilah adik… Semoga Berjaya dunia akhir4t.. “

” Alhamdulillah.. MasyaAllah.. semoga menjadi anak soleh. Makin handsome adik, Penyejuk mata (qurratuaini) ameen.. “

” Tahniah bukan senang nak hafal, alhamdulillah kuat daya ingatan ni. Bagus rita didik anak. boleh la diharap masa kite dh di alam lain esok.. amin.. “

” Alhamdulillah suka tengok adik usaha sungguh2. hihi takmau give up awai. pandai mak didik malaikat2 kecil ini.. “

” Akak respek ngan Rita dlm didikan agama untuk anak-anak. Bagusnya adik, moga terus lapang dadanya, terang hatinya utk lancarkan lagi ayat² alquran.. “

Bagus sungguh hafazan Qaqa dan hanya berbaki sedikit sahaja lagi untuk Qaqa selesaikan surah Waqiah ini. Alhamdulillah berhasil asuhan dan didikan Rita untuk anaknya ini. Apa pun, semoga Qaqa menjadi anak yang soleh dan berjaya menghafal lebih banyak lagi ayat suci Al-quran di masa akan datang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rita Rudaini

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT