Artis / Selebriti
” Bagus la PU Riz ni. Kita kadang-kadang tak sedar benda macam ni.. ” – Netizen

Video Suami Neelofa, Haris Ismail Menjawab Di Rancangan MeleT0p Pertanyaan Mengenai Nama Dan Bila Wajah Anaknya, Muhammad Bilal Akan Ditunjukkan. Jawapan Yang Ringkas Dan Padat. Terbaiklah !!
Sudah hampir sebulan sejak selebriti Neelofa dan Haris Ismail menimang cahayamata sulung mereka. Menamakannya sebagai Muhammad Bilal, wajah si kecil ini masih belum ditayangkan kepada umum sehingga ke hari ini.
Menerusi akaun Instagram Melet0p, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Haris dijemput sebagai undangan Melet0p. Pada episod kali ini, Melet0p diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.
Mengambil kesempatan bertanyakan mengenai permata hati Haris dan Neelofa, Nabil mengajukan soalan berkenaan nama yang dipilih untuk anak pasangan ini. Sebagaimana yang diketahui, Bilal adalah nama salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW.
Mengambil keberkatan dan mengharapkan agar anaknya ini akan menjadi soleh sebagaimana sahabat Nabi ini, Haris dan Neelofa sepakat memilih nama ini. Nama yang baik bersama maksud yang indah umpama doa buat si bayi.
Jom tonton video di bawah :
(Kl1k butang KANAN > untuk menonton gambar dan video seterusnya.. )
Video Haris menjawab persoalan daripada Elly Mazlein bila wajah Bilal akan ditunjukkan kepada peminat. Menjawab dengan hadis, Haris meminta peminat memikir dan menilaikannya sendiri.
Jom tonton video di bawah :
(Kl1k butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )
Jawapan daripada Haris ini mendapat perhatian dan pujian daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Haza rahmatun min rabbi. Betul kata pu riz ni, ni la orang kita kadang-kadang tak sedar benda macam ni. Insha Allah, kami sedia menunggu.. “
” Alhamdulillah, bagus la PU Riz ni. Ok faham faham, jangan tunjukla untuk sekarang. Memang ada banyak penyak1t ain ni.. “
” Kak lina tanya bila boleh tengok bilal .. anak kak lina pun dia tunjuk sipi sipi jek hehe. tak pa sampai masanya nanti bolehlah tengok si comel Bilal.. “
” Tak sabar nak tengok Bilal. Semoga Bilal menjadi anak yang soleh. Alhamdulillah, perkongsian yang baik.. “
Ada benarnya juga kata-kata daripada Haris ini. Untuk mengelakkan penyak1t ain, apatah lagi Bilal masih lagi kecil untuk dided4hkan kepada media. Sampai masanya yang sesuai, pasti Haris dan Neelofa akan kongsikan wajah Bilal untuk tatapan semua.
Apa pun, semoga Muhammad Bilal membesar dengan penuh kasih sayang, sentiasa dalam lindungan Allah daripada sebarang penyak1t dan menjadi anak yang soleh sebagaimana impian abah dan umminya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Meletop, IG Haris Ismail
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen