Artis / Selebriti
” Baby ni bukan saja comel tapi cantik sangat.. ” – Netizen
Rizman Nordin Kongsi Koleksi Wajah Anak Perempuannya, Rizqaa Dari Sejak Lahir Sehingga Kini Sempena Genap Usia 6 Bulan. Banyak Berubah Wajahnya, Makin Comel Sayang Daddy Ni !!
Pejam celik, sudah 6 bulan pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin bergelar ayah. Kelahiran puteri sulungnya yang diberi nama sebagai Rizqaa ini menambahkan lagi kegembiraan dan kebahagiaan Rizman bersama isterinya, Nurida Suraya.
Hasil tinjauan kami di Instagram milik Rizman, telah dikongsikan satu video yang memaparkan wajah Rizqaa sejak lahir sehingga kini. Hari ini telah genap usia Rizqaa 6 bulan dan Rizqaa membesar dengan sihat.
Rizman menulis ucapan di kapsyennya, selamat genap usia 6 bulan untuk Rizqaa. Rizman memang sering mengungkap perkataan manja daddy dan sayang daddy sehinggakan sahabat baiknya Fazura juga mengajuk gayanya itu.

Dalam video ini, wajah Rizqaa disunting dengan menulis berapa usianya pada ketika gambar itu diambil. Rizqaa pada usianya sebulan sudah pandai tersenyum dengan matanya tertutup. Dengan rambut kerintingnya itu memang sama tak ubah seperti daddynya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian Rizman ini mendapat perhatian daripada peminat. Terserlah sungguh wajah daddy pada si kecil Rizqaa ini dan antara komen-komen peminat :
” Suka flw sbb ddy akn ckp “ Mana syg / manja ddy yg nama dia rizqaa” makin hari makin comel rizqaa muka ddy sgt.. “
” Baby ni tak comel tapi cantik sangat. Muka dan rambut daddy sangat. Rambut kep0k kep0k, jangan besar cepat sangat baby. MashaAllah tabarakaAllah.. happy 6 months rizqa love u.. “
” Cantik anak dar4 ni, ger4mnya tengok. Rambut dia tu cute. Cepatnya dia besar, dah 6 bulan. Happy 6th Months Birthday Rizqaa.. “
” Why you so cute Rizqaa, pretty baby. Baby comel, caption pun comel . Semoga Rizqaa jadi anak solehah untuk daddy dan mommy.. “
” Ee ger4m nya comel sangat rizqaa ni. Kiut rizqaa, anak daddy. dah boleh mkn tu, lagi bertambahlah chubbynya lepas ni.. “
” Yeayy Rizqaa dah boleh makan. Beautiful face and hair macam hindustani. Comel gebu rizqaa ni. Syukur alhamdulillah anak syurga.. “
” So cute, air liur rizqaa meleleh makanan apa yang rizqaa tak dapat makan masa dalam perut mummy tu hehe. Rizqaa dari lahir lagi dah comel.. “
Memang copy paste betul wajah Rizman si puteri comel ini, dari wajah ke rambut semuanya sama. Semoga Rizqaa membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang solehah dan penghibur hati daddy dan selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rizman Nordin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga4 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

