Connect with us

Artis / Selebriti

” Pergh sedapnya suara, dia tapau habis macam single sendiri.. ” – Netizen

Hannah Delisha Kongsi Sedutan Video Lagu Medley Sempena Anugerah Juara Lagu 35. Wah Lenggok Suara Hannah Dengan Gayanya Tu, Power Betul. Dah Lah Cantik, Suara Merdu Pulak Tu !!

Hanya berbaki kira-kira 12 hari sahaja lagu anugerah berprestij, Anugerah Juara Lagu ( AJL ) yang ke 35 akan berlangsung. Sebanyak 12 lagu dipertandingkan di peringkat akh1r ini dengan 5 trofi bakal diisi oleh pemenang.

Meninjau akaun Instagram Hannah Delisha, telah dimuatnaik sedikit sedutan video yang memaparkan persembahan daripada Hannah Delisha, Azmi Saat, Raysha Rizrose dan Dean Eiman. Medley ini menggabungkan kesemua 12 lagu tersebut.

Nyanyian Hannah menjadi pembuka medley ini dengan dendangan lagu 7 Nasihat. Azmi Saat sudah diketahui umum suaranya mampu membawakan apa sahaja lagu. Raysha pula pernah berkongsikan nyanyiannya sebelum ini dan tidak dinafikan ada kemerduannya yang tersendiri.

Hannah juga turut menyanyikan lagu G1la dan Hati dan suara Hannah nyata tidak menghamp4kan. Tone suara Hannah yang boleh membawakan pelbagai genre lagu itu  menunjukkan bakat nyanyian yang dimilikinya.

Jom tonton video di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )

Nyanyian Hannah ini mendapat pujian daripada peminat. Lenggok suara Hannah dalam setiap lagu yang dinyanyikannya itu memang lunak merdu. Antara komen-komen peminat :

” Sedapnya lagu, musik dan suara hannah. Fuh the vibes, terbaiklah Hannah and other. Rasa macam mini konsert.. “

” Sedapnya suara, love this medley. Perfect hannah, tak sangka boleh menyanyi sesedap ni. Padu betul suaranya.. “

” Perh suara sedapnya, dia tap4u hab1s. dah macam single sendiri Hannah nyanyi. Dah la cantik, suara pulak sedap.. “

” Sedapnya suara, merdu sangat. Yes boleh mimpi indah malam ni lepas dengar suara hannah and now tak tahu dah berapa kali repeat mv tu.. “

” MashaAllah beautiful, g0rgeous & ur voice do merdu i love it. Take care dear & hv a pleasant day ahead In Shaa Allah.. “

” Please ada lagu sendiri pula kak hannah delisha. wallahii sedap suara akak, jat0h cinta sangat. Suka part hannah bawak lagu g1la & hati.. “

” Wow so talented hannah delisha.. Berlakon boleh, menyanyi pon sedap wah sangat. jrg aku bg like bab lagu ni tp dgr hannah menyanyi jd wow.. tgok rimik muka n gaya npk semulajadi.. “

Memang hebat dan padu, bukan sahaja Hannah malahan Azmi, Raysha dan Dean juga membawakan bahagian masing-masing dengan jayanya. Moga Hannah terus success dalam kerjaya dan dapat mengembangkan kembali bakat nyanyiannya itu.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hannah Delisha, Youtube Channel Valient Music

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT