Artis / Selebriti
” Azrinaz junior, sebijik sama. Flip rambut pun sama, cantik sangat princess Ameerah ni.. ” – Netizen
Perkongsian Azrinaz Mazhar Hakim Video Anakandanya, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah Cur1 Perhatian Warganet. Alahai Sebijik Sama Macam Azrinaz Ketika Remaja Dulu. Photostat Betul, Cantik !!
Sekali pun terpisah sudah lama, namun bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim tidak pernah melupakan anak-anaknya yang berada di Brunei. Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel adalah anak hasil perkahwinan Azrinaz bersama Sultan Brunei.
Meninjau akaun Instagram Azrinaz Mazhar Hakim, telah dikongsikan satu video yang diulangsiar dari akaun Tiktok tigrislilium_ memaparkan video terbaru Puteri Ameerah. Menerusi video ini, kelihatan Puteri Ameerah sedang menghadiri satu majlis.
Pemakaian Puteri Ameerah yang santai hanya berseluar slack dan baju yang berwarna hitan membuatkan Puteri Ameerah kelihatan cantik. Kata Azrinaz, fizikal dan gaya puterinya ini saling tak tumpah seperti dirinya ketika zaman remaja suatu masa dahulu.

Dengan badan yang ramping serta rambut hitam dan lurus itu, Puteri Ameerah nampak lebih matang. Seorang yang pemurah dengan senyuman, Puteri Ameerah disenangi oleh semua orang. Azrinaz juga meluahkan kerinduannya yang tidak pernah padam untuk puterinya ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Azrinaz ini sehingga kini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” She has your beauty.. Cantik betul dia mewarisi bondanya Azrinaz Mazhar Hakim.. Xda istilah self claim hihiii memang you n yours.. ”
” Memang sebijik.. Semoga dapat Kita tgok Satu Hari Nanti princess brgambar berdua sebelah sebelah. Brunei and Malaysia bersaudara.. ”
” MasyaAllah sebiji betul.. semoga suatu hari nanti CP dan anak-anak dapat bertemu dan berpelukan… aamiin.. ”
” Cantik macam che puan anakandanya.. saya yang sebak, jiwa ibu yang terp1sah dengan anaknya.. ”
” Kannn.. rambut belah tengah tu Nadz… memang sama sebijik you.. setiap kali vid princess Ameerah lalu fyp mesti teringat cp azrinazmazharhakim .. everything sebijik.. ”
” Mesti sarat menanggung rindu kan.. Cantik sangat Princess ni.. she looks like you CP, so beautiful.. ”
” Mane nak tumpahnya kuah klu tidal ke nasik jugak MMG ibunya juga jelita manis berkarisma semoga sentiase di lindung Allah SWT aaminn.. ”
” Azrinaz junior, sebijik sama. Flip rambut pun sama, cantik sangat princess Ameerah ni.. She resembles you.. softness and beautiful. Semoga dipertemukan suatu hari nanti.. ”

Tidak dinafikan Puteri Ameerah memang banyak mewarisi wajah dan gaya bundanya ini. Apa yang pasti, rindu si ibu pada anakandanya ini tidak akan pernah pudar. Semoga suatu hari nanti, Azrinaz dan Puteri Ameerah akan bersatu semula.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Azrinaz Mazhar Hakim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen



