Artis / Selebriti
” Sebab yang last tu, boleh hilang terus ingatan yang sweet sweet tadi, haha.. ” – Netizen

Video Act Of Service Syamel Bersama Ernie Zakri Buat Ramai Terhibur. Alahai Mula-Mula Dah Sweet Dah. Yang Last Sekali Tu Tak Sangka Lain Pula Jadinya. Habis Lah Syamel Kena Bebel Dengan Ernie, Haha !!
Siapa tak kenal pasangan sweet dan serasi iaitu Ernie Zakri dan suaminya Syamel. Setiap kali menonton video mereka berdua, pasti akan ada saja gelagat lucu menghiburkan hati warganet. Mana tidaknya, pasangan ini jenis yang ‘masuk air’ .
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Syamel, telah dikongsikan video yang memaparkan Syamel dan Ernie membuat video Act Of Service. Menerusi video itu, pada awalnya Syamel membantu Ernie untuk membuka penutup botol air.
Seterusnya Syamel menolong membuka pintu kepada Ernie, melindungi kepala Ernie daripada terkena bucu meja dan memberikan tisu saat Ernie bersin. Ketika Syamel dan Ernie sedang berjalan, Syamel telah membantu seorang wanita apabila pennya terjatuh di lantai.
Namun kesudahan video tersebut membuat ramai terhibur kerana Ernie merajuk atas tindakan Syamel membantu wanita itu dan Ernie mengejek Syamel. Sehingga kini, video ini menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka rasa terhibur dengan lakonan Syamel serta Ernie. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sebab yang last tu, boleh hilang terus ingatan yang sweet sweet tadi, haha.. Habis lah Syamel, masak lah kau dengan Ernie.. “
” Last tu potonggg laaaa.. Carik pasal betul lah.. Kau settle sendiri lah Syamel.. Patutnya jangan tolong, kan dah mendapat.. “
” Salah perempuan tu lah, pen dia jatuh.. Pastu salah Syamel.. Tolong ambil pen tu.. Ernie je tak salah, hahahaha lawak2.. “
” Punye habis sweet dari awal.. Sekali tersweet tolong orang, sampai ke sudah la dend4m nye tu.. Terlupa yang berbunga mula2 tu.. “
” Satu kesilapan akan dikenang seumur hidup.. Begitu lah nasib seorang lelaki, haha.. Ada sambungan tak video ni hehe.. “
” Macam mana pun perempuan mesti betul.. Kau cakap lah apa2 pun, kau tetap kalah dan tak kan menang, haha.. “
” Yang last part tu nnt dia boleh tiba tiba ungkit 7647291 minggu kemudian Mel. Bertabahlah wahai insan yang gentlemen.. “
Syamel dan Ernie sememangnya pasangan yang kelakar. Part Ernie buat muka tu paling lawak, habis lah Syamel. Bak komen warganet, mahu berbulan Ernie akan mengejek apa yang dikatakan oleh Syamel kepada wanita itu. Apa-apa pun video ini hanyalah sekadar hiburan Syamel serta Ernie buat peminat mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG syamelofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti12 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar