Artis / Selebriti
” Apa ni Tokti, terkejut Siti Nurhaliza tengok Tokti malam ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza cuba melakonkan babak drama Korea ‘ Work Later, Drink Know 2’ di Konsert Violet Skies buat ramai terhibur. Lawak lah Tokti ni, macam bahasa Sepanyol campur Filipina pun ada. Tokti sendiri pun gelak dengar dialog dia sendiri, haha..
Sempena meraikan 30 tahun penglibatan biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dalam arena hiburan tanahair, satu konsert istimewa bertajuk Violet Skies : Datuk Seri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars telah pun berlangsung semalam pada 5 Julai 2025 di Arena of Stars, Resorts World Genting.
Ramai juga artis jemputan yang dijemput untuk sama-sama menghiburkan penonton antaranya Noh Hujan dan Amad Dayyan. Sebagaimana konsert DS Siti sebelum ini, ianya akan diselangi dengan slot-slot menarik dan untuk konsert kali ini, DS Siti perlu menunjukkan bakatnya sebagai pelakon.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan konsert semalam. Salah satu scene dalam drama Korea berjudul ‘Work Later, Drink Know 2 ‘ dipaparkan di layar dan DS Siti perlu melakonkan babak tersebut.

Melihat paparan itu, DS Siti sudah mengadu mengapa dia diberikan watak sebegitu. Untuk tidak menghampakan semua, DS Siti melakonkan dengan sebaiknya babak tersebut. Tergelak semua di Arena mendengar dialog DS Siti. Entah bahasa apa yang DS Siti ucapkan, namun yang jelas perkataan ‘pistachio’ ada dalam dialognya itu. DS Siti sendiri juga turut ketawa selepas selesai mencuba untuk menjadi pelakon Korea.
Jom tonton video di bawah :
@astrogempak GempakLive: Okay tak TokTi jadi pelakon Korea? #ViloetSkies #SitiNurhalizaLive #KonsertGempak
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Haha sumpah comel tokti.. dah dengar macam tamil pun ada haha.. Tokti ni seorang yang mudah terhibur.. “
” Tokti with her rich laugh is the true definition of success.. adoi lawak lah tokti tapi comel nya.. ulang ulang tengok.. pistachio weh haha.. “
” Haha kena tokti main belasah je pun comel ni.. yang penting bunyi Korea biar lah ntah apa tokti sebut pun haha.. tokti boleh join raja lawak next time.. “
” Tokti semua benda dia boleh sapu.. comel je cakap Korea haha.. Salah pun merdu.. aku dengar perkataan pistachio je.. “
” Apa ni tokti haha.. terkejut siti nurhaliza tengok Tokti malam ni haha.. geram je tengok tokti gelakkan diri sendiri tu.. “
” Tokti baca doa makan haha.. bahasa apa tu tokti, macam sepanyol pun ada.. pistachio tu paling jelas dengar.. “
” Haha tokti masuk air, tokti boleh berlakon squid games 4.. Jadi philippines pulak last tu.. macam baca mantera pun ye ni tokti oii.. “
Gelagat DS Siti begitu kelakar. Walaupun bukan bahasa Korea yang DS Siti ucapkan, tetapi reaksi wajah dan confident level DS Siti menghiburkan hati penonton. Terserlah sifat jenaka DS Siti. Apa-apa pun, tahniah kepada DS Siti dan semua yang terlibat dengan konsert semalam.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

