Artis / Selebriti
” Apa cerita abang, kata tak nak makan.. ” – Fazura
Video Nur Fazura Menyakat Suaminya, Fattah Amin Makan Banyak. Kelakar Reaksi Fattah, Siap Cakap Mee Yang Dia Makan Tu Fatima Punya. Dia Tolong Makan Jer, Haha !!
Pasangan popular, Nur Fazura dan Fattah Amin sering menjadi perhatian ramai. Mereka bukan sahaja pandai berlakon, malah turut berjaya dalam perniagaan. Boleh dikatakan ada sahaja video baru mengenai pasangan ini pasti menarik perhatian warganet.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik Sayang Selaseh, telah dikongsikan video yang memaparkan Fazura sedang menyakat Fattah. Ketika video sedang dirakam, pasangan ini bersama rakan-rakan mereka yang lain berada di sebuah kedai makan.
Kedengaran Fazura berkata kepada Fattah yang suaminya itu tidak mahu makan, tetapi Fattah telah habiskan satu pinggan makanan. Usik Fazura, awalnya Fattah tidak mahu berhenti di kedai makan dan mahu segera pulang. Namun setelah sampai Fattah telah makan dua pinggan Indomee.

Ketika Fazura menyakat Fattah, reaksi Fattah juga dilihat mencuit hati. Sempat Fattah mengatakan yang Indomee yang dipesan kali kedua itu adalah untuk anaknya, Fatima dan Fattah hanya tolong makan. Mendengar apa yang dikatakan oleh Fattah, rakan-rakan yang lain turut berdekah ketawa.
Tonton video di bawah ini :
( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )
@sayangselaseh Mula-mula tak nak makan… #fattzura #fattahamin #fazura
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 28 ribu dan menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok. Fattah ni nampak sahaja pendiam dan pemalu, tapi lawak juga rupanya. Fazura pula dari dahulu memang suka menyakat Fattah, sweet sangat pasangan ini.

Seronok peminat melihat pasangan ini saling usik mengusik antara satu sama lain. Gurau senda kan boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Semoga pasangan ini terus kekal sweet dan bahagia selalu di samping anak mereka, Fatima Aisya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok Sayangselaseh, IG Missfazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Budak ni baru sehari dah handsome macam ni. Kalau dah besar, dia punya handsome macam mana.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari ni Raf pulak lap bibir comot dia, haha.. ” – Raf Yaakob
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Allahu, positivenya awak Dr. Fie, nangis dengar ucapan Dr. Fie.. ” – Komen Netizen



