Connect with us

Artis / Selebriti

” Apa-apa jadi, teruskan majlis, jangan tangguh.. ” – Arwah Mak Ubai

Perkongsian Shila Amzah Tentang Arwah Mak Ubai, Rohani Jamil Buat Ramai Tersentuh Hati. Sedih Sungguh Baca Pesanan Mak Pada Shila, Menitik Air Mata !!

Telah kembalinya ke rahmatullah ibu kepada Ubaidillah, Rohani binti Jamil semalam. Berita itu dikongsikan oleh Ubai sendiri di media sosialnya. Untuk makluman semua, arw4h ibu Ubai menghidap k4nser ovari dan menerima rawatan di hospital. Tidak hanya Ubai dan adik beradiknya, Shila juga terkesan dengan keh1langan bakal ibu mertuanya ini.

Terlalu singkat masa mereka dapat bersama dan hanya berbaki seminggu sahaja lagi untuk Shila dan Ubai disatukan sebagai suami isteri. Namun perancangan Allah itu lebih baik dan pastinya ada hikmah pada setiap kejadian. Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Shila Amzah, telah dikongsikan gambar-gambar kenangan Shila bersama ibu Ubai berserta coretan yang mem1lukan pembaca.

Kata Shila, pasangan yang hendak menikah selalunya membuat video counting day tetapi tidak untuk Ubai dan Shila yang setiap hari ulang alik ke hospital. Sekalipun belum bergelar menantu, layanan mak kepada Shila sangat baik dan banyak keluh resah Shila, mak lah yang memujuknya.

Mak juga orang yang paling excited untuk perkahwinan Shila dan Ubai tetapi takdir Allah sudah tertulis, mak pergi dulu dan amanah mak supaya Shila menjaga adik-adik Ubai dengan baik dan menjadi kakak kepada mereka semua. Tidak semua orang mendapat rezeki bakal ibu mertua baik sebegini.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian oleh Shila ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Salam Takziah Sha & Ubai, Al Fatihah…You both had done such noble acts may Allah bless you with happiness and peace.. ”

” Dia dapat mertua yang baik … tapi sayagnya umur tak panjang… selalunya mertua Baik memang tak panjang usianya.. ”

” Calon menantu terbaik.. Bertuah Shila dapat mak mertua yang ikhlas dan tak hip0krit.. Semoga arw4h mak Ubai tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.. ”

” Nang1s baca huwaa.. semoga arw4h mak Ubai diampun kan segala dosa dan ditempatkan bersama org org beriman, aamiin. untuk sya dgn ubai semoga bertabah dan lalui saja kehadapan dgn tenang.. ”

” Patutlah kerap nampak kat ppum emergency. Salam takziah utk shila dan ubai sekeluarga. Semoga diberikan kekuatan utk ujian ni.. ”

” Sed1hnya, ubai baru kehilangan adik lelaki, lps tu emak tersayang. Semoga mereka kuat hadapi dugaan ini. Salam takziah.. ”

” Ya Allah Sha, aku sed1h betul baca posting ni. Allahuakbar.. takziah shila n ubai . Smg allah kuatkan hati n permudah majlis nikah korang yg akn dtg, smg arw4h mak ubai ditempatkan dlm kalangan org beriman , amiinn.. ”

” Kenapa aku baca ikut nang1s jugak.. aku yang baca pun sed1h, macamana lah Ubai dengan Shila.. Allah lebih sayangkan mak. Semoga roh arwh bersama dengan para solihin.. ”

Keh1langan yang sukar untuk diterima oleh hati, namun terpaksa redha dengan ketentuan-Nya. Semoga arw4h mak Ubai tenang di sana. Buat Ubai dan Shila, semoga kalian berdua tabah mengharungi hari mendatang dan pegang erat amanah yang diberikan oleh arw4h. Takziah Ubai dan Sha.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shila Amzah, IG Ubaidillah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT