Connect with us

Artis / Selebriti

” Amboi, slang anak mat salleh. Comelnya dia sebut.. ” – Netizen

Video Anak Shila Amzah, Seth Uwais Membaca Buku Dalam Bahasa Melayu Raih Perhatian Ramai. Wah, Bunyi Macam Slang Mat Salleh Lah !!

Meninjau ke akaun Instagram Shila Amzah, perkongsian video anaknya iaitu Seth Uwais membaca buku telah meraih perhatian ramai. Seth baru berusia 3 tahun dan sudah boleh membaca dalam bahasa Inggeris. Namun kali ini, Shila meminta Seth membaca dalam bahasa Melayu.

Video yang pertama, Seth diminta untuk menyebut nombor satu sehingga sepuluh dalam bahasa Melayu. Seth boleh menyebut dengan betul kecuali untuk beberapa nombor yang mana sebutan Seth agak pelat.

Video kedua pula Seth diminta menyebut dari nombor sebelas sehingga nombor dua puluh. Wah, pandailah Seth mengenal nombor. Apa yang mencur1 perhatian ramai ialah sebutan Seth seperti slang mat salleh.

Menurut Shila, Shila akan sentiasa bercakap dengan Seth untuk mengatasi masalah Seth yang speech delay. Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ribu dan lima ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Di ruangan komen, ramai yang terhibur mendengar sebutan bahasa Melayu Seth. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Awak tu melayuuu slang british english dia tetap tak lari walau dah cakap melayu.. Slowly sebenarnya. Penah dgr, budak dapat speech delay bcoz too many bahasa dia nak adapt.. “

” Ape ke pelik bunyik nye anakkkk ooooiii… moga menjadi anak yg soleh.. Good boy comel pula dia baca hihihi… mai ckp utara hihihi untie nak ajaQ.. “

” Alhamdulillah, bila besar nanti boleh mcm ibunya, boleh mcm² bahasa. Good job Seth U are doing good I love his accent so much! Mcm mat saleh.. “

” Alhamdulillah… dah pandai seth sebut lebih 3 suku kata… insyaALLAH ALLAH bg pandai dan sihat… aamiin.. “

” Sleng mat salihh tuu… good seth pndai diaa… bagus sis nak ajr bm kat ank..slalu org nk ajr bi je kat ank.. “

” So cute.. seth mcm slang orang putih je tu.. good job seth.. ulang bnyk kali sbb nk dngr dia sebut tembikai. comellllll.. “

” Ya Allah comel nya dia sebut tembikai tuuuu Good job seth.. Amboii slang anak mat salleh .. cute la.. Niceee hair Seth And good job with that learning how to talk.. “

Bagus sangat Seth kerana mahu belajar. Nanti Seth sudah pandai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris boleh pula mempelajari bahasa lain pula. Semoga Seth Uwais membesar menjadi anak yang bijak dan soleh.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shila Amzah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT