Connect with us

Artis / Selebriti

” Amboi skill dia masak dah macam chef, pandai betul lah Wira ni.. ” – Netizen

Video Anak Betty Rahmad, Ardy Wira Memasak Nasi Goreng Raih Pujian Warganet. Wah Nampak Sedap Nasi Goreng Wira Masak Tu. Part Wira Cakap ‘Pandainya Saya Masak, Sedap Sangat’ Tu Comel. Alahai Wira, Puji Diri Sendiri Pulak Yer, Cute Betul !!

Bagi yang suka mengikuti perkembangan selebriti Betty Rahmad yang juga merupakan adik pengarah drama terkenal, Erma Fatima pasti mengetahui yang Betty suka berkongsi perkembangan anaknya iaitu Ardy Wira. Ardy Wira atau panggilan manjanya, Wira kini sudah berusia 4 tahun.

Terbaru, Betty telah memuatnaik video terbaru Wira di akaun Instagram. Menerusi video itu, kali ini telah memaparkan Wira sedang berkongsi cara memasak nasi goreng. Tulis Betty di ruangan kapsyen, ini adalah video memasak pertama Wira dan seloroh Betty, tidak lama lagi Wira sudah boleh masak untuk dirinya dan suami.

Gelagat Wira pada awalnya, telah memperkenalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak nasi goreng. Semuanya dilakukan sendiri oleh Wira termasuk memot0ng bawang, menyediakan segala bekas yang diperlukan. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.

Ada yang mengatakan Wira bukan sahaja seorang budak yang bijak, malah Wira juga seorang yang rajin dan sopan santun. Sehingga kini, video Wira memasak nasi goreng telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka memuji cara Wira memasak. Antara komen-komen menarik adalah :

” Amboi skill dia masak dah macam chef, bijak betul lah Wira ni.. Teruja makcik tengok Wira masak, bijak betul la budak bertuah ni.. “

” Aunty pon tk tau nk cakap apa.. Tapi mulut ni asyik senyum meleret je tengok sambil tunggu apa action Wira seterusnya.. “

” Sape lg nk puji kalo tak diri sndiri kn Wira ? Clever boy. Gewam aunty tinot awk pndai sgt masak sedap sgt plak tuh.. “

”  MasyaAllah Tabarakallah bijaknya Wira.. You’re an amazing mum.. Semoga Wira terus membesar dgn bijak ye.. Suka betul tengok video Wira.. “

” So sweet lah tengok Wira panggil Kak Teha n Bibik datang rasa nasi goreng.. Wira ni bukan saja bijak, adab sopan santun dia memang A lah.. “

” Masha Allah bijaknya Wira. Lama betul awak cuci bawang2 (read: barang).. Aunty dah lapar sgt ni.. Last tu memang kelakar, puji masakan sndri, hahaa.. “

” Bijak, kacak, sweet, pandai masak pula tu, memang bertuah lah nanti siapa jadi wife Wira, hehe.. Moga Wira jadi anak yang soleh.. “

Alahai comel je dengar Wira cakap ‘ nasi goreng betul-betul bukan main-main’ . Sekejap sahaja rasanya masa berlalu, sudah besar Wira sekarang. Kalau dilihat dengan usia sebenar Wira, Wira seorang kanak-kanak yang matang. Apa-apa pun semoga Wira terus membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG bettyrahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT