Artis / Selebriti
” Allahuakbar, video ni pengubat rindu seorang ibu pada anaknya.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Amyza Aznan video kenangan arwah anaknya, Andre Mikhail mendendangkan satu lagu nostalgia buat peminat tersentuh. Lagi bertambah sebak bila baca kapsyen Amyza..
Seminggu sudah berlalu sejak anak sulung pelakon wanita, Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhirnya dan kembali kepada Sang Pencipta. Andre yang baru sahaja menyambut ulangtahun ke 20 tahun pergi untuk selama-lamanya dan tidak akan kembali lagi.
Sebagai seorang ibu, ianya satu tamparan yang hebat untuk Amyza. Tangisan mengiringi pemergian si anak ke negeri abadi. Namun Amyza redha dengan segala ketentuan Allah untuk anak sulungnya itu. Yang tersisa kini hanya lah rasa rindu yang menggunung untuk Andre.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Amyza Aznan, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan arwah Andre menyanyi ketika berada di rumah mereka. Pada waktu itu, fizikal Andre sudah berubah menjadi kurus dan sedang melawan kanser paru-paru.

Lagu nostalgia dendangan asal Dato’ Jamal Abdillah dinyanyikan oleh Andre. Lunak dan merdu suara Andre membawakan lagu tersebut. Suara yang tidak akan Amyza dapat dengari kini lagi dan hanya video-video kenangan sebagai pengubat kerinduannya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Al Fatihah moga di beri kekuatan buat mu amyzaaznankaaia.. please take care beb.. Semoga kita diberikan kekuatan dan semoga kita semua dapat berjumpa dengan orang2 yang kita sayang yang telah pergi di Syurga abadi. Amiin.. “
” Takpe sis luahkan saje kerinduan yang terbuku di hati, moga2 hati yang sarat boleh perlahan2 melepaskan , in shaa Allah syurga buat arwah.. “
” Seminggu dah arwah pergi.. Alfatihah andre Mikhail.. Sabar ye kak.. Setiap kali teringat, akak terus sedekahkan Al-Fatihah ye.. Semoga arwah tenang di sana.. Aminn.. “
” Takkan berakhir rindu seorang ibu pada anaknya. Doa kak Miza diberi kekuatan lalui saat getir ini.. kak miza rase nak peluk je kak miza… rindu seorang ibu kepada anaknya tiada penghujung.. “
” Allahuakbar… Video-video ni pengubat rindu seorang ibu.. Pasti di satukan kembali di syurga Allah. Allah Maha baik.. “
” Al Fatihah buat Andre Mikael. Moga Amyza tabah…be strong Miza.. kami boleh berkata be strong tp yg menanggung MasyaAllah… .tp harap tabah menempuhi dugaan Allah.In syaa Allah.. “
” Rindunya pada anak yang telah pergi jauh.. suara Andre ni akan selalu menjadi peneman amyza selamanya.. “
Rindu semakin hari semakin menebal apatah lagi sedikit masa sahaja lagi, Syawal bakal menjelma. Pasti lebih terasa kekosongan di hati Amyza. Apa-apa pun, semoga Amyza diberikan kekuatan dan ketenangan jiwa oleh Allah untuk menempuhi waktu sukar ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Amyzaaznankaaia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen

