Viral
” Alhamdulillah Ainul dah boleh panggil mama.. ” – Netizen

Video Ainul Mardhiah Memanggil Ibunya Buat Ramai Tumpang Gembira Dan Rasa Bersyukur. Ada Yang Teruja Sampai 10 Kali Ulang Tengok. Alahai, Comel Dan Bijak Sangat Ainul !!
Hari demi hari semakin banyak perkembangan positif yang dikongsikan oleh ibu Ainul Mardhiah iaitu Nurul Erwani di laman Instagram miliknya. Perkongsian terbaru daripada ibu Ainul kali ini pula ialah Ainul sudah boleh menyebut perkataan ‘mama’.
Menurut Nurul Erwani, beliau sering mengajar Ainul agar memanggilnya mama pada setiap hari. Akhirnya semalam Ainul telah membuatkan Nurul Erwani berasa gembira kerana usahanya selama ini telah membuahkan kejayaan apabila pertama kalinya Ainul menyebut mama.
Oleh itu, Nurul Erwani telah merekodkan video ketika Ainul memanggilnya kerana ia merupakan momen yang sangat dinantikan olehnya sebagai seorang ibu. Berita gembira ini dikongsikan kepada semua pengikut Ainul di laman Instagram beliau.
Video yang berdurasi beberapa saat sahaja ini telah menggembirakan hati ramai netizen. Ramai yang rasa bersyukur dengan perkembangan Ainul sehingga hari ini sehinggakan ada yang tidak puas menontonnya sekali. Alahai, comel sangat kan Ainul !!
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen mendoakan perkara yang baik-baik buat Ainul. Antara komen-komen mereka :
” Yaa Allahh . bijaknyee dia , pndai msukkan jari dlm lubang tu untuk bnyikan suara . Mogaa Ainul membesar dengan sihat .. “
” Perkara yg paling gembira kalau pertama kali anak pandai sebut mama mummy ibu ummi.. Syukur alhamdulillah.. “
” Lebih 10kali ulang tngok…….. Teruja nye…. Alhamdulillah ainul dh boleh panggil mama…. Sweet sngt ainul ni… “
” Allahamdulilah ainul dh semakin sihat dan dh pandai panggil mama.. “
” Alhamdulillah, sayang ainul, anak bijak, anak pintar.. “
” Comelnya ainul, semoga menjadi anak yang sihat dan solehah.. “
Alhamdulilah dan syukur kepada Allah kerana Ainul terus menunjukkan perkembangan positif buat kita semua. Semoga Ainul terus sihat dan membesar menjadi anak yang solehah serta sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Good Job buat Ainul !!
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nurul Erwani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen