Artis / Selebriti
” Aku ulang video semata nak tengok part last. Merchantlina tak pernah tak kelakar, haha.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein dan Datin Shahida berlawan emas siapa paling besar buat warganet terhibur. Amboi masing-masing tak nak kalah. Part last memang lawak, terus lari Datin Shahida dibuatnya. Kak Lina memang win lah, haha..
Siapa yang tidak kenal dengan perangai gila-gila Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom yang selalu menghiburkan semua. Selain menjadi penyampai radio, penyanyi dan pengacara, Kak Lina juga telah pun dilantik sebagai duta kepada kedai emas bernama Kedai Emas Merchant9.
Jika sebelum ini gelagat pengasas kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri membeli emas diiringi oleh Kak Lina menggeletek hati warganet, kali ini Kak Lina membuat hal lagi dengan Datin Shahida pula. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kedai Emas Merchant9, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat mereka berdua.
Kak Lina dan Datin Shahida berlakon seolah-olah masing-masing cuba menunjukkan barang kemas siapa antara mereka berdua yang terpaling gempak dan banyak. Kak Lina sampai terketar-ketar tangannya gara-gara ingin menunjuk gelang tangan yang besar dan padu di kedua-dua belah tangannya.

Datin Shahida juga tidak mahu kalah dan menunjukkan gelang kaki yang besar. Tidak cukup dengan itu, Kak Lina membalas kembali dengan menunjukkan sesuatu yang tidak diduga. Melihat kelakuan Kak Lina selepas itu membuatkan ramai yang terhibur.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku ulang video semata nak tengok part last haha.. Gempak arrr merchantlina… gold bar buat cermin haha.. adui no syatu ni memang love.. “
” Hahahaha harey btl kak kepon terus menggeletor tgn ye.. last part Tu memang best.. merchantlina tak pernah tak kelakooooo .. luffffff.. “
” Tak boleh blahh.. gelang apa tu datin kat kaki tuu.. Hahahah balerrr cermin dia gold bar la.. Kayanya kak kepom cermin diperbuat dr Emas.. “
” Wow cermin pakai emas. Next level.. tu dia datin seri pun kalah kali ni haha.. itu price tag melekat lg kat ring, bracelet… lom byr lg tu.. “
” Haaaa amik kauu.. cermin gold bar sekali die kluarkn, kau hadoooo? Kau jgn buat main ng num syatuuu ni.. “
” Memasing tak nak kalah ekk haha.. Sanggup pikul dlm handbag xtahan.. Part last mmg harey lah kak kepom nie.. “
” Tengok ulang2 kali dgn memek muka dua2 bila tgk emas lawan haha.. Jahat merchantlina, gold bar buat cermin.. “
Kak Lina begitu in character dan membuatkan ramai yang tak kering gusi ketawa. Siapa yang boleh melawan Kak Lina, gold bar yang berharga ribuan ringgit dijadikan cermin, ini memang sangat rare. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kedai Emas Merchant9
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hilang kata-kata masa dengar doa Tok tu. Sebaknya time Kak Pila pandang Tok Red.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E
-
Artis / Selebriti3 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen

