Connect with us

Artis / Selebriti

” Aku tengok Fazura ni bukan macam artis, macam queen ramah dengan rakyat.. ” – Netizen

Video Fazura Melayan Peminat-Peminatnya Raih Pujian Ramai. Part Masa Bergambar Dengan Seorang Makcik Tu Siap PelOk C1um Dan Bergurau Mesra, Seronok Makcik Tu Dapat Jumpa Fazura. Sporting Dan Humble Sangat !!

Umum mengetahui yang Fazura merupakan antara selebriti yang gemar beramah mesra dengan peminat-peminatnya. Sikapnya yang sangat merendah diri membuatkan ramai peminat-peminatnya amat senang untuk mendekatinya.

Meninjau ke satu akaun TikT0k, beberapa video Fazura bertemu dan melayan dengan peminat-peminatnya telah meraih perhatian ramai. Tidak kira tua atau pun muda, Fazura sendiri datang mendekati mereka dan memberikan salam.

Fazura juga tidak kisah melayan peminatnya untuk bergambar walaupun di bawah panas matahari. Bukan itu sahaja, sikap Fazura yang tidak berasa segan silu memel0k dan menc1um golongan yang lebih tua darinya membuatkan dia begitu disenangi ramai.

Jelas terpancar pada raut wajah Fazura yang begitu penuh keikhlasan melayan para peminatnya. Ada yang menyatakan sikap Fazura ini seperti golongan kerabat diraja yang begitu mesra dengan rakyat jelata. Fazura juga mempunyai kelasnya yang tersendiri.

Jom tonton video di bawah :

@fazura.klstokis

MasyaAllah sbb tu ramai sayang fazura 😍💖 Moga Allah swt selalu melindungi fazura & kurniakan kejayaan dunia akhirat🤲🏻🥰

♬ Ya Rabb يارب – Muhajir Lamkaruna

 

@fazura.klstokis

Love sangat2 😍💖 @Fazura

♬ Ya Rabb يارب – Muhajir Lamkaruna

Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap rendah diri Fazura melayan peminat. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Memang minat betul dengan fazura ni. Well manners.. Beauty inside out padahal dia tu diva devass okay but still down to earth.. “

” Aku tgk fazura ni bukan mcm retis dah, dah mcm queen lak ramah dgn rakyat.. Dia kalau ikhlas tu mmg nampak tersrlah dlt muka.. “

” Haii lah teringat first time jumpa kak faz dia mai peluk kite .. tua muda akn suka sbb humble sgt².. suka tgk Fazura.. cantik.. ramah.. mesra dgn semua org.. “

” Suka suka suka sgt2 Fazura ni.Nampak keikhlasan dy layan peminat trutama yg tua. terharu tgok. Gaya dn aura Faz ni mcm seorang Permaisuri tenang dn sejukkk mata memandang.. “

” Cara dia kalut2 sarung handbeg kt lengan sbb dia dulu yg nk hulur dua2 belah tangan salam dgn org mmg salute  ciri2 org humble.. “

” Fazura kalai jadi team kerabat dulu, rasanya macam Lady Diana Junior. Mesra rakyat sungguh, natural… senyum ikhlas… cantik jgn cakap la luv U.. “

” Memang aura permaisuri, tk sngka kan mmg perubahan btul lpas dia kawin, mmg perkahwinan yg diberkati.. fattah bertuah dapat fazura, fazura bertuah dapat fattah.. “

Tidak hairanlah Fazura begitu disayangi oleh ramai orang. Bukan semua selebriti mempunyai sikap humble begini dan melayan peminat seperti sudah lama mengenali mereka dan seperti ahli keluarga sendiri sahaja. All the best buat Fazura dalam karier yang diceburi.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok Fazuraklstokis

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT