Connect with us

Artis / Selebriti

” Bagusnya lah Jejai ni, setiap moment penting anak mesti dia ada.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Fasha Sandha Bersama Aidil Aziz Dan Jejai Ashram Ramli Menemani Anak Mereka, Puteri Raysha Jemyma ‘Naik’ Quran Raih Perhatian Ramai. Ramai Yang Kagum Dengan Sifat Jejai, Fasha Dan Aidil. Gambar Last Tu Memang Salute Lah !!

Meninjau akaun Instagram Fasha Sandha, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Fasha bersama Aidil dan bekas suaminya, Jejai Ashram Ramli dan anak mereka, Putri Raysha Jemyma. Hari itu hari yang bermakna buat Jemyma kerana ‘naik’ Quran pada usia 8 tahun.

Kata Fasha oleh kerana pandem1k yang agak lama tahun sudah, Jemyma terlambat sedikit untuk ‘naik’ Quran. Alhamdulillah didikan Fasha untuk anak-anaknya memang terbaik. Ilmu dunia dan akhirat yang seimbang dan Fasha bangga dengan kejayaan Jemyma.

Kehadiran Jejai bersama meraikan Jemyma mendapat perhatian dan pujian daripada ramai. Walaupun tidak lagi sebagai suami isteri, namun Jejai tetap menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anaknya. Memetik komen warganet, apabil ada sahaja peristiwa penting melibatkan anak-anak, pasti kelibat Jejai akan kelihatan.

Aidil juga baik dengan Jejai dan mereka berdua menjadi ayah yang baik untuk Jemyma. Kasih sayang diberikan bagai menatang minyak yang penuh dan tiada perbezaan. Warganet juga memuji kecantikan Fasha yang begitu anggun dan ayu bertudung.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian oleh Fasha ini setakat ini telah pun meraih lebih 21 ribu likes daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Bagusnya lah Jejai ni, setiap moment penting anak dia mesti dia ada.. ayah terbaik.. sukan anak-anak, birthday semua dia ada. Org panggil Family man.. ”

” Alhamdulillah syukur.. Bagus Aidil baik dengan ex Fasha demi anak-anak. Aidil memang baik, camtu juga dengan Jejai.. dua-dua ayah yang baik.. ”

” Bagus mcm ni.. walaupun dah bercerai masih baik, masih sama2 peduli soal anak.. emosi dan mental anak x tercalar.. semoga semua anak2 yg hidup mcm ni dpt nasib yg sama mcm ni.. ”

” Selain family norman memey n abby, aku suka jugak family ni. Tahniah fasha aidil n jejai. Such a good family.. ”

” Ayah yang baik.. setiap moment anak dia pasti ada.. emosi anak-anak terjaga tanpa tercalar.. Tahniah fasha sekeluarga.. happy family, manis nya fasha bertudung.. ”

” Bagusla jejai ni tetap ad walaupon dah lama berp1sah.. Alhamdulillah bagus didik ank2 dgn Al Quran sejak Dari awal lagi.. ”

” Alhamdulillah family bonding.. terpegun tengok Fasha, cantiknya fasha berhijab. Tahniah Jemyma.. ”

Alhamdulillah Allah aturkan yang terbaik untuk si comel Jemyma. Semoga Jemyma terus berjaya dunia dan akhirat serta menjadi anak yang solehah. Didoakan juga agar keakraban keluarga ini berkekalan sampai bila-bila dan selalu dalam rahmat Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT